Aug
04
Filed Under (Uncategorized) by goaytc.pjs@smjk.edu.my on 04-08-2009
(1) Comment    Read More   
Aug
04
Filed Under (Examination) by goaytc.pjs@smjk.edu.my on 04-08-2009

Organisasi Parlimen71.jpg71.jpg

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.Struktur Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-

1. Yang Di-Pertuan Agong

Sejarah Bangunan Parlimen

Pada bulan Disember 1959, suatu kawasan berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tapak untuk membina Kompleks bangunan Parlimen, bangunan yang menjadi simbol kepada dasar-dasar demokrasi yang diamalkan. Dasar-dasar ini pula merupakan hak dan tanggungjawab rakyat memerintah negara mereka sendiri, kebebasan setiap rakyat menyatakan pendapatnya, kebebasan menganut agamanya, keadilan hak yang sama di sisi undang-undang dan hal memiliki harta benda.

Maka pada September 1962 sebuah bukit pada paras 61 meter dari aras laut telah diratakan untuk pembinaan bangunan penuh gemilang ini. Kompleks yang menelan belanja RM18 juta ini adalah hasil ilham Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama.

Perletakan batu asas telah dilakukan oleh Duli Yang Teramat Mulia Sri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Persekutuan Tanah Melayu Yang Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail D.S.M, S.M.N. DK (BRUNEI) pada 31 Ogos 1962 bersamaan 1 Rabiulakhir 1382 seterusnya menandakan kerja-kerja pembinaan telah dimulakan. Pada 21 November 1963 Baginda sekali lagi diberi penghormatan untuk merasmikan pembukaan bangunan ini.

Kompleks ini terdiri daripada dua bahagian terbesar iaitu :-

a. Bangunan Ibu (3 tingkat)

Bangunan Ibu

Bangunan 3 tingkat ini disebut juga sebagai Bangunan Utama. Di dalam bangunan inilah dua dewan persidangan negara iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara dibina.

Di tingkat pertama dibina kantin berhampiran bilik wartawan dan juga bilik jamuan Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi memudahkan pegawai-pegawai, wartawan-wartawan dan tetamu yang hadir ketika persidangan Parlimen untuk makan dan minum.

Reka bentuk Dewan Negara adalah sama dengan Dewan Rakyat tetapi ruangnya kecil sedikit. Bagaimanapun Dewan Negara mempunyai keistimewaannya tersendiri. Jendela-jendelanya lutsinar dengan corak Islam asli daripada mozek merah dan biru.

Di tingkat bawah bangunan ini pula terletak bilik rehat diraja, sebuah surau bulat yang boleh memuatkan 100 jemaah dan sebuah dewan jamuan besar yang boleh memuatkan 500 orang. Saiz dewan Rakyat di atasnya.

Di tingkat kedua pula terdiri daripada dua anjung yang berasingan. Di anjung kiri terdapat dua buah bilik jawatankuasa yang besar. Tiap-tiap bilik mampu memuatkan 30 orang. Selain daripada dua bilik besar terdapat empat bilik kecil yang boleh memuatkan 12 orang. Terdapat juga pejabat-pejabat dan tempatberehat bagi pegawai-pegawai kerajaan serta Persatuan Parlimen Komanwel.

Di anjung kanan terdapat dua bilik makan. Satu bilik khusus untuk Ahli-ahli Parlimen dan yang lainnya untuk tetamu-tetamu serta pegawai-pegawai kerajaan. Ruang dapur terletak di antara dua bilik makan ini. Dapur ini mampu menyediakan makanan bagi 1000 orang tetamu dalam satu masa. Bahagian tengah tingkat kedua ini diselubungi oleh bumbung Dewan Rakyat. Ia dijadikan Taman Sari iaitu tempat Ahli-ahli Parlimen berehat semasa persidangan.


Menara

Menara setinggi 17 tingkat ini terletak di hadapan bangunan ibu, Ia bersambung ke bangunan utama melalui sebuah jambatan dan di dalamnya ditempatkan pejabat para menteri dan ahli -ahli Parlimen yang lengkap dengan segala kemudahan seperti kerusi meja dan pembesar suara ketika sesuatu persidangan berlangsung.Di tingkat dua menara ini terdapat ruang tempat duduk yang menghala ke arah permandangan padang perbarisan dimana acara sambutan rasmi Parlimen diadakan. Di tingkat enam belas pula terdapat ruang lapang yang menghala ke arah keindahan permandangan sekeliling kawasan Parlimen. Di menara inilah majlis-majlis tidak rasmi diadakan.
Keistimewaan Bangunan Parlimen

Keseluruhan bangunan Parlimen ditutupi dengan kaca yang boleh menyerap haba dan meresapkan cahaya. Kawalan terhadap sinaran matahari dilakukan dengan menutup seluruh bangunan ini dengan terawang berukir yang diperbuat daripada batu konkrit tempatan dan dipasang bahagian demi bahagian. Terawangyang berbentuk sarang lebah itu menambahkan lagi kehebatan bangunan ini.

Pada keseluruhannya lebih daripada sejuta batu-bata, 2,000 tan besi waja, 54,000 tan konkrit, 200,000 kampit simen dan 3000 tan kaca telah digunakan untuk membina kompleks Parlimen.

Sistem pembahagian air yang membekalkan air kolam dan pancurannya merupakan satu lagi ciri keistimewaan bangunan Parlimen di mana air akan mengalir melalui dua sistem yang berangkai. Ia bermula di bahagian bumbung bangunan membawa ke seluruh kompleks. Airnya pula diwarnakan dengan warna biru untuk menjauhkan lumut dan lumpur.

Selain daripada keistimewaan pada bangunannya, kompleks Parlimen turut dihiasi dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan dan binatang peliharaan. Pohon-pohon kayu yang jarang ditemui seperti pohon berlian, mata kuching, berangan, nam-nam, selarat dan pohon tamar diimpot khas dari Arab Saudi untuk dipelihara di kawasan sekitar.

Di sebelah kawasan kompleks Parlimen terdapat kawasan lapang yang dijadikan Taman Rusa yang menjadi tempat pemeliharaan berpuluh-puluh ekor spesis rusa Tootal. Spesis rusa ini sememangnya jarang didapati di benua Asia. Rusa-rusa ini dibiarkan bergerak bebas di dalam kawasan lapang taman yang dibatasi oleh sempadan kompleks Parlimen.

 

 

 

 

 

 

(0) Comments    Read More   
Jul
30
Filed Under (Examination) by goaytc.pjs@smjk.edu.my on 30-07-2009

MAJLIS KESELAMATAN PBB

 PBB

PERHIMPUNAN AGUNG 

MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA PBB         The Hague, Netherlands

 

PARA HAKIM MAHKAMAH JENAYAH PERANG PBB BERSAMA SETIAUSAHA AGUNBG PBB

 

 SETIAUSAHA AGUNG PBB MEMBERI UCAPAN

PASUKAN PENGAM

Africa

  • UNAMID (African Union/United Nations Hybrid operation in Darfur)
  • UNMIS (United Nations Mission in the Sudan)
  • UNOCI (United Nations Operation in Côte d’Ivoire)
  • UNMIL (United Nations Mission in Liberia)
  • MONUC (UN Organization Mission in the Democratic Republic of the Congo)
  • MINURSO (United Nations Mission for the Referendum in Western Sahara)
  • MINURCAT (United Nations Mission in the Central African Republic and Chad)

Americas

  • MINUSTAH (United Nations Stabilization Mission in Haiti)

Asia and the Pacific

  • UNMIT (United Nations Integrated Mission in Timor-Leste)
  • UNMOGIP (United Nations Military Observer Group in India and Pakistan)

Europe

  • UNFICYP (United Nations Peacekeeping Force in Cyprus)
  • UNMIK (UN Interim Administration Mission in Kosovo)

Middle East

  • UNDOF (United Nations Disengagement Force)
  • UNIFIL (United Nations Interim Force in Lebanon)
  • UNTSO (United Nations Truce Supervision Organization)

AN PBB

(1) Comment    Read More   
Jul
30
Filed Under (Examination) by goaytc.pjs@smjk.edu.my on 30-07-2009

Non-Aligned Movement

From Wikipedia, the free encyclopedia

Jump to: navigation, search

Non-Aligned Movement


 
Coordinating Bureau New York City, United States
Membership 118 members
15 observers
Leaders
 –  President Hosni Mubarak
Establishment 1955
Website
[2]

The Non-Aligned Movement (
NAM) is an
international organisation of states considering themselves not formally aligned with or against any major power bloc. The movement is largely the brainchild of India’s first Prime Minister Jawaharlal Nehru, former president of Egypt Gamal Abdul Nasser and Yugoslav president Josip Broz Tito. It was founded in April 1955; as of 2007, it has 118 members. The purpose of the organisation as stated in the Havana Declaration of 1979 is to ensure “the national independence, sovereignty, territorial integrity and security of non-aligned countries” in their “struggle against imperialism, colonialism, neo-colonialism, racism, and all forms of foreign aggression, occupation, domination, interference or hegemony as well as against great power and bloc politics.”[1] They represent nearly two-thirds of the United Nations’s members and comprise 55 percent of the world population, particularly countries considered to be developing or part of the third world.[2]
Members have, at various times, included: Yugoslavia, India, Ghana, Pakistan, Algeria, Libya, Sri Lanka, Egypt, Indonesia, Cuba, Colombia, Venezuela, post-1994 South Africa, Iran, Malaysia, and, for a time, the People’s Republic of China. Brazil has never been a formal member of the movement, but shares many of the aims of
NAM and frequently sends observers to the Non-Aligned Movement’s summits. While the organisation was intended to be as close an alliance as
NATO or the Warsaw Pact, it has little cohesion and many of its members were actually quite closely aligned with one or another of the great powers. Additionally, some members were involved in serious conflicts with other members (e.g. India and Pakistan, Iran and
Iraq). The movement fractured from its own internal contradictions when the
Soviet Union invaded Afghanistan in 1979. While the Soviet allies supported the invasion, other members (particularly Islamic nations) of the movement did not.
Because the Non-Aligned Movement was formed as an attempt to thwart the Cold War[3], it has struggled to find relevance since the Cold War ended. After the breakup of Yugoslavia, a founding member, its successor states of
Yugoslavia have expressed little interest in membership, though some have observer status. In 2004,
Malta and Cyprus ceased to be members and joined the European Union.

(0) Comments    Read More   
Jul
27
Filed Under (Examination) by goaytc.pjs@smjk.edu.my on 27-07-2009

APEC

[1] Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) [1]21 buah negara ASEAN, negara Timur dan lautan Pasifik)

·         Terdiri daripada  Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Australia, Jepun, Korea Selatan, Cina, Taiwan, Chile, Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura, Mexico, Rusia, Thailand, Vietnam, Papua New Guinea, Peru, Filipina, dan Hong kong.

·         Merupakan majlis perundingan yang longgar.

Sidang Kemuncak APEC di KL 1998

·        Tiada tindakan konkrit untuk mengatasi kegawatan ekonomi dunia

·         Menyerahkan persoalan mengawal spekulasi mata wang kepada G-23(Kumpulan 23: gabungan Kumpulan G-15 dengan Kumpulan G-8)

Sidang Kemuncak APEC di Busan
Korea Selatan 2005

Kerjasama ekonomi, cuba mengatasi masalah tsunami, selsema burung, dan keganasan antarabangsa

(0) Comments    Read More   
Jul
27
Filed Under (Uncategorized) by goaytc.pjs@smjk.edu.my on 27-07-2009

Apa itu pemanasan global?

Apa itu gas rumah hijau?

Apa itu langkah mesra alam yang dapat memelihara ekologi alam sekitar?

Sila klik link di bawah dan rujuk: 

prch-garbage-enzyme1.pdfprch-garbage-enzyme1.pdf

(0) Comments    Read More   
Jul
19
Filed Under (Cetusan Idea Peribadi) by goaytc.pjs@smjk.edu.my on 19-07-2009

PLEASE READ TO FIND THE MORAL OF THE STORY

The Mayonnaise Jar

When things in your life seem, Almost too much to handle, When 24 Hours in a day is not enough, Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee.

A professor stood before his philosophy class And had some items in front of him. When the class began, wordlessly, He picked up a very large and empty mayonnaise jar And proceeded to fill it with golf balls. He then asked the students, If the jar was full. They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar. He shook the jar lightly. The pebbles rolled into the open Areas between the golf balls. He then asked The students again If the jar was full.. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand And poured it into the jar. Of course, the sand filled up everything else. He asked once more if the jar was full. The students responded With an unanimous ‘yes.’ The professor then produced Two cups of coffee from under the table And poured the entire contents Into the jar, effectively Filling the Empty space between the sand. The students laughed.

 ‘Now,’ said the professor, As the laughter subsided, ‘I want you to recognize that This jar represents your life. The golf balls are the important things – God, family, children, health, Friends, and Favorite passions – Things that if everything else was lost And only they remained, Your life would still be full. The pebbles are the other things that matter Like your job, house, and car. The sand is everything else — The small stuff. ‘If you put the sand into the jar first,’ He continued, ‘there is no room for The pebbles or the golf balls.

The same goes for life. If you spend all your time And energy on the small stuff, You will never have room for The things that are Important to you. So… Pay attention to the things That are critical to your happiness. Play With your children. Take time to get medical checkups. Take your partner out to dinner. There will always be time To clean the house and fix the disposal. ‘Take care of the golf balls first — The things that really matter. Set your priorities. The rest is just sand.’ One of the students raised her hand And inquired what the coffee represented. The professor smiled. ‘I’m glad you asked’. It just goes to show you that no matter how full your life may seem, there’s always room for A couple of cups of coffee with a friend.’ Please share this with other “Golf Balls” I just did……

(0) Comments    Read More   
Jul
19
Filed Under (Examination) by goaytc.pjs@smjk.edu.my on 19-07-2009

KOMPUTER 

1.         Manfaat teknologi komputer

 (a)  Kemajuan sistem pengurusan dan pentadbiran            Hal ini kerana komputer merupakan satu alat elektronik yang boleh menyimpan maklumat yang banyak dengan cara yang teratur serta dapat diproses dan dikeluarkan dalam masa yang singkat.           Teknologi komputer bukan sahaja dapat menjimatkan masa,ruang dan tenaga manusia, bahkan meningkatkan kecekapan pengurusan sesebuah organisasi. Sebab itulah banyak agensi kerajaan dan swasta menggunakan komputer untuk menyimpan rekod dan menganalisis data-data penting yang berkaitan dengan butir-butir kakitangan serta hal-hal pentadbiran dan pengurusan. 

(b)  Kemajuan sektor perindustrian            Barang yang dihasilkan dengan menggunakan komputer bukan saja lebih banyak dan lebih cepat, tetapi juga lebih menjimatkan masa berbanding dengan keupayaan semulajadi manusia. Ini penting terutamanya di negara-negara maju yang mengalami masalah kekurangan tenaga buruh.           Teknologi komputer dapat menjamin kualiti barangan yang dikeluarkan. Komputer boleh menguji mutu barangan dengan tepat dan pantas daripada yang dapat dilakukan oleh tenaga manusia.           Komputer boleh membantu manusia melaksanakan kerja-kerja yang sukar dan merbahaya kepada kesihatan dan keselamatan pekerja. Misalnya robot yang dikawal oleh komputer digunakan untuk memasang kereta atau menjalankan kerja-kerja yang terdedah kepada bahan pencemaran dan radioaktif.Maka jelaslah bahawa penggunaan komputer merupakan asas untuk perkembangan industri perkilangan. 

(c)  Kemajuan kesihatan            Tujuannya untuk membantu doktor membuat diagnosis sesuatu penyakit. Sebabnya komputer boleh memproses butir-butir peribadi mengenai pesakit dan seterusnya mendiagnosis jenis penyakit yang dihadapinya. Komputer juga boleh memberi maklumat tentang jenis ubat yang paling sesuai untuk merawat penyakit berkenaan.           Dalam rawatan kesihatan khasnya semasa pembedahan, teknologi komputer telah memberi sumbangan yang besar dari segi melicinkan kerja pembedahan. Umpamanya bacaan denyutan jantung dan analisis gambar sinar-X pesakit boleh dibuat secara serta-merta dengan peralatan komputer. Ini membantu menjamin kejayaan sesuatu pembedahan dan keselamatan pesakit. 

 (d)  Kemajuan sains dan teknologi            Pelancaran satelit yang dikawal oleh komputer dapat mengumpul data-data penting mengenai persekitaran bumi.Maklumat ini kemudian dianalisis dengan segera oleh komputer untuk menghasilkan keputusan kajian yang tepat tentang keadaan cuaca, seperti halaju angin dan kelembapan sesuatu kawasan. Ramalan kajicuaca yang lebih tepat ini membantu manusia untuk bersiap sedia menghadapi sebarang ancaman malapetaka seperti banjir dan taufan.           Di samping itu satelit yang bergerak di bawah kawalan komputer juga dapat memajukan sistem telekomunikasi.Maklumat dari sesuatu kawasan boleh dihantar ke seluruh dunia dengan pantas. Ini juga yang membolehkan sesuatu acara sukan atau pertandingan disiarkan secara langsung ke segenap pelosok dunia. 

(e)  Kemajuan pendidikan            Komputer merupakan alat bantuan mengajar yang penting. Ia bukan sahaja dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk yang sistematik, malahan diiringi dengan muzik dan gambarajah serta bahan grafik yang menarik. Teknik pengajaran begini pasti akan menarik minat para pelajar terhadap pelajaran.           Komputer juga memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, kerana pelajar boleh mempelajari sesuatu pelajaran secara individu melalui program-program komputer yang disediakan. Dengan adanya program tertentu, segala arahan dan peraturan pelajaran disampaikan dengan jelas. Maka pelajar boleh belajar di mana-mana sahaja dengan berpandukan arahan itu.           Satu lagi keistimewaan dalam pembelajaran menerusi komputer ialah segala kesalahan yang dilakukan oleh pelajar boleh dikesan dan diperbetulkan dengan serta- merta oleh komputer. Dengan cara ini keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.  

2.         Kesan penggunaan komputer dalam pendidikan (a)  Alat bantu mengajar berkesan, misalnya program pembelajaran dengan bantuan komputer (CAI). (b)  Memudahkan kerja rutin supaya guru boleh tumpukan lebih perhatian ke atas masalah disiplin, pelajaran dan lain- lain hal pelajar – meninggikan produktiviti guru. (c)  Pendidikan jarak jauh. (d)  Mempertingkatkan kecekapan pengurusan, sekolah, jabatan pendidikan dan seterusnya seluruh sistem pendidikan negara. (e)  Perpustakaan berkomputer. (f)  Penukaran konsep pendidikan dari yang lama kepada kebolehan mencari maklumat, menganalisis dan menilai sebagai tanda kecerdikan.  

3.         Kesan-kesan negatif. 

(a)  Menyebabkan manusia semakin bergantung kepada alatan –hilang upaya dan lekas bosan bila hadapi masalah yang perlukan pemikiran mendalam. 

(b)  Jenayah kolar putih dengan teknologi canggih (komputer)semakin menjadi. 

(c)  Keselamatan negara / syarikat swasta boleh tergugat jika rahsia ketenteraan dan lain-lain yang tersimpan dalam komputer itu terbocor. 

(d)  Komputer digunakan untuk mencipta alat perang canggih yang mempunyai kuasa memusnah yang  besar.

(e)  Komputer seperti alatan teknologi lain hanya memanfaatkan mereka yang berkebolehan dan berkeupayaan  meluaskan jurang kekayaan dalam masyarakat. 

(f)  Komputer mengambilalih kerja orang ramai – pengangguran. 

(g)  Teknologi komputer menyebabkan sifat invidualistik para generasi muda. 

 Soalan : 

1. Negara-negara yang tidak menggunakan komputer akan ketinggalan dalam bidang ekonomi. Sejauh mana anda bersetuju ? 

2. Komputer menjamin kebahagiaan hidup manusia. Bincangkan. 

3. Penciptaan komputer (alat mikroelektronik) sama dengan revolusi perusahaan dalam mewujudkan satu jenis tamadun manusia yang baru. Bincangkan.

 4. “Komputer adalah lambang pemodenan dan kemajuan. Ini kerana komputer memainkan peranan penting dalam pelbagaibidang kehidupan seperti ekonomi, pentadbiran, perubatan,perindustrian, pendidikan dan lain-lain. Tetapi jika teknologi komputer disalahgunakan, ia akan menimbulkan pelbagai implikasi negatif yang mengancam kehidupan.Bincangkan peranan komputer dalam kehidupan manusia pada zaman moden ini.   

HIDROFONIK “Kaedah penanaman hidrofonik telah mula diperkenalkan di negara ini. Kaedah ini tidak memerlukan ruang tanah yang luas manakala mutu yang dihasilkan setanding dengan kaedah penanaman biasa”.Pada pendapat anda wajarkah kaedah pertanian tersebut dipraktikkan secara meluas di negara ini ?. 

 Pengenalan

1. Jimat tanah.

2. Bersih

3. Mudah kendali, kos rendah.

4. Usaha individu.

5. Hutan disimpan. Penutup                             

 Corak pertanian hidrofonik masih baru di Malaysia. Ia merupakan satu kaedah penanaman tanpa menggunakan tanah kerana tanaman ditanam di atas rak-rak manakala bahan-bahan keperluan dibekalkan oleh cecair yang diadun secara khas. Sebenarnya, pertanian hidrofonik ini mempunyai potensi yang besar dari segi ekonomi. Kaedah penanaman ini boleh membawa satu revolusi dalam pertanian di negara ini.                             

Kaedah penanaman hidrofonik patut diusahakan secara meluas kerana kaedah ini membawa pelbagai kebaikan dan kemajuan. Pertama, cara pertanian ini terbukti menjimatkan ruang. Jumlah tanaman yang dapat diusahakan menjadi berlipat ganda dalam kawasan yang tidak begitu luas kerana rak-rak boleh dibina bertingkat-tingkat. Ini membawa harapan kepada petani yang mempunyai jumlah tanah terhad. Hasil tanaman mereka dijangka meningkat sekiranya pertanian jenis ini diusahakan.            

                  Selain itu, kaedah tanaman ini juga merupakan satu kaedah pertanian yang menjamin kebersihannya. Oleh sebab tanah tidak diperlukan, banyak penyakit tumbuh-tumbuhan seperti penyakit akar dapat dielakkan. Dengan itu cara penanaman ini menjanjikan satu kadar tumbesaran yang lebih cepat dan sihat. Pada masa yang sama, mutu tanaman akan turut meningkat.                             

 Di samping itu, corak pertanian hidrofonik mudah dikendalikan. Penyiraman tanah tidak perlu dilakukan setiap hari. Air yang mengandungi pelbagai nutrien hanya perlu ditambah apabila aras air pada rak-rak turun ke suatu tahap tertentu. Kandungan nutrien dan zat-zat makanan lain dapat diadun dengan mudah mengikut keperluan jenis tanaman yang ditanam dan ia boleh disalurkan kepada rak-rak melalui paip. Pengemburan racun-racun serangga senang dijalankan dengan belanja yang minimun kerana pembaziran dapat dikurangkan. Pendek kata, kos pengedalian tapak tanaman akan dapat dikurangkan dengan pengenalan pertanian secara hidrofonik.                             

Oleh sebab kaedah hidrofonik memerlukan ruang yang sedikit, rumah-rumah khas dapat dibina. Tanam-tanaman hawa sederhana seperti  daun salad dan tomato dapat diusahakan di dalam rumah-rumah ini. Ini merupakan satu kemajuan satu kemajuan dari segi pertanian yang boleh mengurangkan pergantungan kita kepada import sayur-sayuran dari luar negeri. Selain itu, kaedah hidrofonik ini boleh dipraktikkan juga oleh orang ramai bagi pelbagai jenis tanaman di halaman rumah. Dengan cara ini orang ramai boleh mendapat sebahagian daripada bekalan sayur-sayuran mereka melalui usaha sendiri.                             

 Walaupun Malaysia masih mempunyai kawasan tanah dan hutan yang luas tetapi khazanah ini harus dipelihara.Dengan mempopularkan kaedah tanaman hidrofonik, kawasan hutan tidak perlu ditebangkan secara keterlaluan untuk menyediakan tanah pertanian. Langkah ini akan mengelakkan pencemaran dan menjamin keharmonian sisten ekologi.                             

Kaedah pertanian hidrofonik menjanjikan harapan yang begitu tinggi. Hasil pertanian negara, khasnya sayur- sayuran akan bertambah untuk menampung penduduk dan seterusnya mengurangkan pengimportan sayur-sayuran dari luar negeri. Bidang pertanian Malaysia akan memasuki satu era baru dengan bantuan kaedah pertanian ini.    

PEMINDAHAN TEKNOLOGI  

1. Usaha mengimport atau membawa masuk peralatan dan pengetahuan seperti kemahiran, tatacara dan teknik asingdemi meningkatkan daya produktiviti industri tempatan.

2. Mengapa perlu ? Faktor-faktor menyebabkan pemindahan teknologi.  

(a). Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja tempatan lalu membaiki kualiti hidup mereka.  

(b). Teknologi moden seperti komputer dapat mempercepatkanpemprosesan data-data dan jentera-jentera seperti mesin menuai dapat mempercepatkan pengeluaran hasil pertanian ataupun hasil perkilangan.  

(c). Mempercepatkan pembangunan industri dalam negara dengan mengujudkan pertumbuhan industri baru dalam negara misalnya, industri berat membuat kereta nasional Proton Saga.  

 (d). Membuka jalan kepada pembangunan teknologi sendiri melalui pembaikan atau pengubahsuaian teknologi yang diimport misalnya melalui teknologi pembuatan kereta dari Mitsubishi Motor Corporation (melalui projek Proton Saga) dan syarikat pembuatan kereta Daihatsu (melalui projek kereta nasional kedua), anak Malaysia mungkin muncul menjadi pembekal teknologi dan maklumat mengenai industri automobil di rantau ini kelak.  

 (e). Pengimportan teknologi membolehkan bahan-bahan mentahkeluaran negara dieksplotasikan dengan lebih cekap dan sepenuhnya dengan memprosesnya menjadi barang siap. Ini bukan sahaja membebaskan negara dari pergantungan kepada barangan siap dari negara asing malah boleh mendatangkan pertukaran wang asing dengan mengeksportnya.  

 (f). Membawa kepada perkembangan pesat dari segi kemudahaninfrastruktur seperti jalan raya, lebuhraya, jalan keretapi, sistem telekomunikasi, bekalan elektrik dan sebagainya.  

 (g). Pemindahan teknologi juga boleh wujudkan kesan rantai positif seperti pertumbuhan sektor-sektor ekonomi lain dan membuka peluang eksport yang baru kepada negara.Misalnya pengeksport kompenen-kompenen keretaoleh kilang yang ditubuhkan untuk membekalkan komponen kereta kepada PROTON.  

 (h). Teknologi pertanian moden seperti bioteknologi dalampenghasilan baka-baka yang baik dan hidrofonik dalam mengintesifkan proses pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian sejajar dengan wawasan pertanian negara.  

(i). Mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam sektor pertanian misalnya mesin penuai padi dalam membantu mengatasi masalah kekurangan buruh semasa musim menuai padi. Demikian juga penggunaan teknologi canggih seperti robot boleh mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam perindustrian.  

 (j). Pengimportan teknologi rumahtangga akan  mempermudahkan kerja suri rumahtangga dan membolehkan mereka menumpukan kepada kerja-kerja yang lebih produktif seperti anak-anak atau buat kerja sambilan.

(k).Pengimportan alat rawatan perubatan boleh meningkatkan taraf kesihatan rakyat.  

(l). Berjaya sesuatu projek perindustrian misalnya kereta Proton Saga akan mencetuskan semangat keyakinan diri di kalangan rakyat untuk menerokai kegiatan perindustrian yang lebih besar dan canggih pada masa depan dan mendatangkan pertumbuhan sosioekonomi yang pesat kepada negara.  

 ISU PEMAKANAN  1.  Amalan / Tabiat pemakanan yang mengakibatkan munculnya    pelbagai jenis penyakit. 

(a). Mengutamakan perisa tanpa hiraukan khasiat makanan.           Kanak-kanak yang hanya memakan sesuatu jenis makanan sahaja misalnya daging akan mengalami kekurangan zat garam galian dan vitamin yang terdapat dalam sayur-sayuran atau buah-buahan.           Ramai generasi kini yang mementingkan perisa makanan sehingga banyak memakan makanan tanpa zat dan gizi makanan seimbang.           Kekuarangan sesuatu zat makanan tertentu dalam badan kita akan menganggu sistem metabolisme badan dan membawa pelbagai jenis penyakit. Kekurangan vitamin C dan kalsium boleh mendatangkan penyakit selsema dan penyakit tulang, misalnya Osteomalasia. Kekurangan vitamin B1 boleh membawa penyakit beri-beri. Kekurangan zat besi dalam makanan akan mengakibatkan penyakit anemia. 

(b). Memakan ikut nafsu sehingga berlebihan.           Memakan ikut nafsu misalnya terlalu banyak dalam sehariatau terlalu banyak sesuatu jenis makanan yang tertentu boleh membawa penyakit kepada badan kita. Ini kerana badan-badan menusia biasanya hanya memerlukan sejumlah tertentu zat makanan sahaja. Kelebihan zat tertentu itu jika tidak dapat dibuang melalui sistem perkumuhan akan membawa penyakit.           Misalnya pengambilan zat protin dan kalsium yang berlebihan melalui daging atau makanan laut boleh mengakibatkan penyakit ‘gout’ atau sakit sendi. Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit diabetes atau kencing manis dan kegemukan yang boleh membawa pula penyakit jantung. Memakan terlalu lemak akan meninggikan risiko penyakit ‘stroke’ dan sakit jantung atau kardio vascular. 

(c)  Memakan makanan yang mentah atau tidak cukup masak boleh            membawa penyakit.           Tabiat sesuatu suku kaum tertentu misalnya orang Korea dan Jepun yang suka memakan daging atau ikan mentah juga tidak baik dari segi kesihatan. Demikian juga masyarakat Eropah yang suka makan daging separuh masak.           Ikan dan daging yang tidak masak sepenuhnya sering mengandungi parasit yang masih aktif. Parasit ini boleh merosakkan tisu-tisu tertentu dalam badan dan mendatang- kan penyakit misalnya penyakit dalam usus.           Tabiat suka memakan jeruk boleh meninggikan risiko keracunan makanan yang mungkin membawa maut. 

(d)  Kegemaran memakan makanan terproses atau makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan.           Amalan sesetengah penduduk bandar yang sering makan makanan segera seperti daging burger dan lain-lain adalah tidak sihat.                       Makanan-makanan dalam tin, khususnya yang diimport amat digemari mereka yang telah biasa dengan kehidupan luar negara. Ada pula yang memakan makanan import dalam tin ini untuk meninggikan status mereka.           Makanan-makanan terproses biasanya mengandungi bahan- bahan kimia umpamanya bahan pengawet, perisa dan pewarna tiruan yang boleh membawa penyakit barah.           Setengah-setengah makanan terproses misalnya daging burger pernah didapati mengandungi plumbum dan timah hitam yang berlebihan sehingga mendatang keracunan makanan.                           

Faktor-faktor penyebab penyakit lain.           

Penyakit denggi adalah diakibatkan oleh persekitaran yang mengalakkan pembiakan nyamuk aedes.           Budaya hidup seperti merokok, pengambilan arak boleh membawa penyakit barah paru-paru dan penyakit yang berkaitan dengan hati kita.                       Mereka yang mengamalkan pergaulan seks terlalu bebas,secara abnormal misalnya homoseksual, biseksual dan pengambilan dadah dengan perkongsian jarum suntikan pula mengalakkan wabak penyakit aids.           Penyakit darah tinggi, sesetengah jenis barah yang ter- tentu, diabetes pula adalah berkaitan dengan keturunan.  

2.         Kesan-kesan negatif pengambilan pil-pil dan makanan berkhasiat tanpa nasihat doktor. 

(a)        Keracunan, misalnya : Hipervitanirosis A bila mengambil terlalu banyak vitamin  

(b)        Abaikan makanan lain sesudah mengambil pil-pil vitamin,misalnya seseorang yang mengambil pil vitamin dan zat galian tidak mengambil sayuran akan mengalami masalah kesihatan kerana kekurangan serabut dalam makanannya.

(c)        Pengambilan pil vitamin akan meningkatkan paras vitamin dalam darah dan tisu badan. Jika seseorang iaitu berhenti mengambil vitamin tersebut, ia akan mengalami gejala kekurangan vitamin berkenaan walaupun ia mengambil makanan seimbangan semulajadi kerana tubuhnya tidak boleh menyesuaikan kepada keadaan penurunan paras vitamin ini.

(d)        Pembaziran sumber kewangan kerana banyak mengambil zat- zat berlebihan yang tidak diperlukan oleh badan melalui pengambilan pil-pil. Keadaan ini juga mengalakkan penipuan oleh penjual atau pengusaha yang tidak bertanggungjawab. Misalnya, pati ayam Brand’s mengandungi terlalu sedikit pati berbanding dengan harganya.

(e)        Kebanyakan pil-pil vitamin adalah terbuat dari sintesis bahan-bahan kimia. Pengambilan bahan-bahan kimia yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan badan. Kajian Prof. Irvin daripada Universiti Texas menunjukkan bahawa bahan kimialah akan menjadi ancaman utama kepada kesihatan manusia kelak dan kombinasi berbagai bahan kimia juga akan menimbulkan kesan keracunan yang sebelum ini tidak diketahui (Utusan Pengguna Sept. 1989). Misalnya, gula tiruan yang dihasilkan secara tindakbalas kimia iaitu sakarin yang sebenarnya boleh menyebabkan barah jika terlalu mengambilnya. 

 3.  Langkah-langkah mengelakkan pengambilan pil-pil dari makanan berkhasiat. 

(a) Penguatkuasaan undang-undang dan akta mengenai ubatan dan makanan – denda berat kepada pengeluar yang memberikan penerangan palsu pada labelnya. 

(b) Kempen pendidikan untuk menyedarkan rakyat / pengguna. 

(c) Perubahan sikap doktor – menasihati pesakit tentang amalan makanan seimbang dan bukan mengarahnya mengambil pil vitamin. 

(d) Masyarakat / media massa.  

PENIPISAN LAPISAN OZON  

1.  Akibat penipisan lapisan ozon 

(a) Kerosakan lapisan ozon boleh menjejaskan kesihatan manusia kerana pancaran ultraungu yangmempunyai gelombang antara 290-320 namometer boleh mengakibatkan:    Penyakit barah kulit seperti melanoma ini disebabkan gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi yang menyebabkan pembahagian sel-sel yang tidak teratur.Kajian membuktikan bahawa pengurangan 1 peratus dalam lapisan ozon akan mengakibatkan pertambahan sebanyak 5 peratus dalam kes penyakit barah kulit. Masalah ini lebih serius di negara-negara barat kerana kebanyakan penduduknya berkulit putih yang lebih peka atau sensitif kepada pancaran ini.   Penyakit mata             Sekiranya seseorang itu terlalu lama terdedah kepada pancaran ultraungu, dia akan menghidap penyakit ketarak yang boleh menyebabkan buta. Penyakit ini lebih teruk di negara-negara sedang membangun kerana penduduknya kurang mampu membiayai pembedahan mata dan membeli cermin mata untuk mengelakkan pancaran ini.   Sistem imunisasi             Kajian juga menunjukkan bahawa radiasi ultraungu boleh merosakkan sistem imunisasi menusia, menyebabkan seseorang itu menjadi lemah dan tidak berdaya untuk menentang ancaman penyakit seperti radang paru-paru.    Molekul asas kepada semua benda hidup Pancaran ultraungu C yang panjang gelombangnya antara 240-290 namometer pula masih belum sampai ke bumi. Namun demikian, penyelidikan dalam makmal menunjukkan ia boleh memusnahkan asid-asid nukleik (RNA dan DNA) dan protein yang merupakan molekul asas kepada semua benda hidup.            Jika kerosakan lapisan ozon kian bertambah, suatu hari nanti pancaran dijangka akan sampai ke bumi dan mungkin pada ketika itu bumi ini akan kiamat.  

(b) Kerosakan lapisan ozon membawa kesan negatif kepada sektor pertanian.    Radiasi ultraungu 8 boleh mengurangkan hasil tanaman kerana ia bukan saja mengurangkan kandungan air dalam tumbuh-tumbuhan, bahkan menjejaskan proses fotosintesis.Umpamanya, kajian yang dijalankan oleh ahli botani Alan Teramura dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa kandungan lemak dan zat protein untuk tanaman kacang soya merosot apabila terkena pancaran ultraungu.   Kerosakan ozon juga menjejaskan industri pembalakan. Pancaran ultraungu mengakibatkan tumbuh-tumbuhan mengambil masa yang lebih panjang untuk membesar. Maka ini mengurangkan pengeluaran kayu balak dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara-negara yang bergantung kepada industri pembekalan atau industri yang berasaskan kayu-kayuan.  

(c) Kerosakan ozon menimbulkan akibat buruk kepada hidupan laut.    Mikroorganisma di dalam air seperti plankton memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Yang demikian, plankton berada dekat dengan permukaan air dan sangat peka kepada perubahan pancaran matahari.   Jika mikroorganisma ini terdedah kepada pancaran ultra-ungu yang keterlaluan, lama-kelamaan ia akan mati. Kejadian ini akan mengurangkan sumber makanan untuk hidupan laut, akibatnya bekalan ikan merosot dan ini sudah tentu menjejaskan sumber protein bagi manusia.  

(d) Kerosakan lapisan ozon yang semakin berleluasa akibat pertambahan CFC akan menyebabkan kenaikan suhu dunia.    Ekoran daripada perubahan ini, suhu dunia dijangka akan meningkat sebanyak 5 darjah celcius sebelum pertengahan abad yang akan datang. Perubahan ini bukan sahaja mengakibatkan glasier di Kutub Artik dan Kutub Antartika mula cair, bahkan menyebabkan pemanasan dan pengembangan isipadu air laut.   Lantaran itu, menjelang tahun 2020, pakar-pakar saintis meramalkan paras laut akan naik sebanyak 5 meter hingga 7 meter dan akan menenggelamkan kawasan-kawasan rendah seperti Maldives, Bangladesh dan Amzon di Amerika.  

2.  Langkah-langkah mengawal atau membendung masalah penipisan lapisan ozon. 

(a) Mengurangkan penggunaan CFC dalam pelbagai industri.    Penggunaan CFC dengan banyak dalam pelbagai industri akan meningkatkan pembebasan CFC yang banyak ke atmosfera dan selanjutnya mendatangkan kerosakan lapisan ozon.   Pengawalan penggunaan misalnya melalui undang-undang atau peningkatan cukai import untuk meningkatkan kos CFC akan mengurangkan pembaziran dan penggunaannya dan seterusnya kurangkan pembebasan CFC ke atmosfera.   Menggalakkan dan mengutamakan teknologi tanpa CFC dalam perindustrian misalnya alat pendingin udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh syarikat Interlink Corporation di Malaysia.   Kerajaan Singapura mengharamkan penggunaan alat pendingin udara kenderaan tidak berapa lama yang lalu adalah satu contoh yang baik ke arah ini.  

(b) Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti kloroflokarbon (CFC).    Mencari dan memajukan bahan alternatif yang boleh menggantikan peranan CFC dalam pelbagai industri tetapi tidak mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar adalah satu jalan yang terbaik.   Jika tidak ada satu bahan kimia yang dapat menggantikan semua fungsi CFC sebagai agen pembersih, dalam industri elektronik, pendingin dalam alat pendingin udara dan agen pengembang dalam keluaran foam, konsep beberapa bahan kimia untuk menggantikan CFC ini boleh diamalkan.   Contoh fungsi CFC dalam industri foam boleh digantikan poliols lembut, metilen klorida asid formik atau teknik `vacuum expansion’, gas helium mungkin menggantikan fungsi CFC dalam alat pendingin udara sebagai agen pendingin.  

(c) Kerjasama dan komitmen antarabangsa.    Masalah pemusnahan lapisan ozon adalah satu masalah sejagat. Oleh itu kerjasama antara semua negara dalam dunia untuk mengatasinya adalah perlu.   Badan pencinta alam sedunia dan PBB adalah berperanan penting dalam mengadakan konvesyen, persidangan untuk menimbulkan kesedaran ketua-ketua negara yang mempunyai kuasa esekutif dalam negara masing-masing dan melibatkan mereka secara langsung dalam mengatasi masalah ini.   Antara perhimpunan dan persidangan para ketua negara dan saintis yang telah dilakukan termasuklah konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac 1985, susulan dari itu satu peraturan antarabangsa bagi menyekat dan mengawal pengeluaran serta penggunaan CFC yang dikenali sebagai protokol telah dipersetujui. Malaysia bersama 65 negara lain telah menandatangani perjanjian ini. Satu persidangan antarabangsa mengenai ozon tropika dan perubahan dalam atmosfera telah diadakan di USM pada 20-23 Februari 1990.  

(d) Komitmen dan usaha peringkat nasional.    Pihak kerajaan boleh galakkan dan beri insentif untuk penyelidikan mencari bahan ganti.   Mengadakan kempen dan pendidikan untuk menimbulkan kesedaran awam tentang bahaya dan langkah yang perlu diambil untuk masalah penipisan ozon ini.   Menetapkan dasar dan undang-undang bagi mengawal penggunaan bahan CFC dalam negara. 

(e) Tindakan atau peranan sebagai pengguna dalam mengawal masalah penipisan ozon.    Galakan penggunaan bahan ganti keluaran CFC atau halon.   Tidak membuang sisa barang CFC seperti peti sejuk dan alat pendingin udara yang rosak merata tempat.   Memberi sokongan dan kerjasama kepada kempen galakan penggunaan semula dan pemulihan.  

CONTOH PERSOALAN : 1.         Industri pelancongan negara mula mencatatkan pertumbuhan pesat sejak kerajaan memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia 1990.  Sekali lagi Malaysia akan menjadi tumpuan pelancong pada 1994 kerana kerajaan telah melancarkan TMM 94. Kerajaan menganggarkan seramai tujuh juta pelancong akan melawat Malaysia pada 1994. Hal ini diususkan oleh Y.B. Datuk Sabaruddin Chik melalui Berita Harianpada 8 September 1993 di Kuala Lumpur.Sejauh manakah industri pelancongan ini dapat membawa kebaikan terhadap negara kita ?

 Intro : 1. Industri pelancongan memberi sumbangan besar kepada   pendapatan negara kasar dan menjadi sumber negara                        ketiga penting selepas perkilangan dan pertroleum. 

2 .                    Kita menjadikan pelancong sebagai sebuah industri                        mulai pertengahan tahun 80-an sewaktu negara                        menghadapi kemelesetan ekonomi. 

3.                     Pelancongan dikaitkan dengan kegiatan lawatan para                        pelancong dari dalam dan luar negeri untuk pelbagai                        tujuan. Bertambahlah jumlah pelancong bererti akan                        menggiatkan usaha untuk menyediakan tempat pengi                        napan, pengangkutan, perkhidmatan dan penyediaan                        prasarana (infrastruktur) yang berkaitan. 

Langkah : 

1.                     Usaha memperdagangkan bidang perlancongan di negara                        ini begitu menonjol sesudah ditubuhkan Kementerian                        Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan pada 1986 yang                        diketuai oleh Y.B.Datuk Sabaruddin Chik. Sumbangan                        besar yang diperohlehi daripada industri ini apabila                        berjayanya kita menganjurkan Tahun Melawat Malaysia                        1990. Ketika itu kita mencatatkan pekerjaan kepada                        68,873 rakyat negara ini. 2. Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan sekali lagi pada tahun 1994 akan menganjurkan Tahun Melawat Malaysia ke-II dengan tema                        “FASCINATING MALAYSIA – NATUARALLY MORE IN 1994.”                        Kita akan memperohlehi lebih kurang 5 billion ringgit                        sepanjang tahun itu dan 7 juta pelawat asing.  

Sumbangan : 1.                     Mempelbagaikan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Kesan daripada berkembangnya, industri-industri yang menjadi sampingan seperti bidang perhotelan juga telah dimajukan. Pada 1985, sejumlah 32,835 bilik penginapan disediakan oleh 825 hotel di seluruh negara. Ini menunjukkan bahawa industri pelancongan yang berasaskan perhidmatan menawarkan pilihan pertumbuhan ekonomi yang sebelum ini dikuasai oleh industri pertanian dan perkilangan. Banyak hotel baru yang berbintang 5 telah dibina akibat industri pelancongan. Hotel-hotel ini dapat menambahkan sumber pendapatan negara.   

2.         Menyelamatkan peraliran ke luar. Menggalakkan pertukaran wang asing negara. Usaha untuk menggalakkan kedatangan pelancong asing tidak seharus- nya membelakangkan sumbangan pelancong tempatan.Kemudahan-kemudahan yang disediakan akan dapat dinikmati sama oleh pelancong tempatan. Perdana Menteri ketika melancarkan khidmat Feri Melaka ke sebuah wilayah Indonesia, mengatakan rakyat negara ini berbelanja lebih 200 juta ringgit untuk kegiatan pelancongan di luar negeri. Menurut Perbadanan Penggalakkan Pelancongan, lebih daripada 72 peratus pelancong asing ke Malaysia terdiri dari golongan profesional dan bertaraf pengurus. Ini secara tidaklangsung mencerminkan hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang berada dan akan berbelanja besar ketika di negara ini. Justeru itu cukup wajar kalau ini diberi perhatian kerana akan memberi kesan positif terhadap pertukaran wang asing.

 3.                     Mengurang kadar pengganguran. Berkembangnya industri perhotelan, pertambahan agensi- agensi pelancongan dan perhidmatan bas-bas persiaran adalah antara kegiatan yang memerlukan ramai pekerja.Ini termasuklah jawatan untuk diisi oleh para pemandu pelancong. Contoh, sejak tahun 1985, perkembangan industri perhotelan sahaja telah menghasilkan kira-kira 6,000 peluang pekerjaan dan jumlah itu terus meningkat setiap tahun. Hotel juga memerlukan ramai pekerja dan pelayan bagi membantu. 

 Keburukan : 

1.                     Kebudayaan kuning. Kita perlu mengambil kira kebimbangan berbagai-bagai pihak di samping bersedia untuk menghadapi berbagai-bagai kesan yang mungkin timbul seperti ancaman budayakuning. Para pelancong tidak mustahil akan mendedahkan corak hidup mereka yang antaranya tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini. Kita juga harus berusaha agar tidak dihanyutkan oleh arus yang akan mengakibatkan leburnya ciri-ciri kebudayaan timur yang telah dipertahankan sejak berzaman. Mereka mungkin memakai pakaian yang menjolok mata. Berkelakuan sumbang di hadapan pemuda-pemudi kita. 

2.                     Pencemaran Kebimbangan juga pernah diutarakan oleh FOMCA di mana usaha kerajaan mengutamakan pelancong luar negeri akan hanya menguntungkan orang luar. Pelancong tempatan pula umumnya kurang kemampuan untuk tinggal di hotel- hotel mahal dan mewah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia juga mendapati bahawa pembinaan hotel dan kondominium di pinggir laut danpantai telah menimbulkan masalah pembuangan najis.Pencemaran mungkin sahaja akan berlaku akibat saluran paip najis dihalakan ke laut atau pantai berkenaan. 

3.                     Sikap dan berfikiran hamba. Kemajuan industri pelancongan juga tidak mustahil akan melahirkan masyarakat yang berfikiran hamba dan bersikap rendah diri. Suasan itu boleh wujud kerana layanan yang berlebih-lebihan terhadap para pelancong sehingga mereka dianggap ‘raja’. Masyarakat akan tunduk kepada mereka kerana ingin memberi perkhidmatan yang baik. Perkembangan industri ini juga akan menggalakkan pertumbuhan kelab sosial dan kasino yang nyata bercanggah dengan prinsip islam dan norma-normamasyarakat yang bercorak konservatif kita.  

Kesimpulan : 

1.                     Industri pelancongan penting untuk mempelbagaikan sumber ekonomi dan meningkatkan pendapatan negara. Kita perlu berwaspada terhadap beberapa risiko yang akan timbul seperti penularan wabak penyakit serius,masalah sosial yang bertali-temali dan ancaman terhadap nilai-nilai tradisi dan murni yang  telah menjamin keharmonian masyarakat selama ini.           

 2.                     Industri pelancongan patut dijalankan dengan perancangan yang baik dengan tidak membelakangkan tuntutan agama dan menggugat alam sekitar.  Contoh

Persoalan : 1.         Sektor pelancongan penting untuk membantu pembangunan ekonomi negara kita. Agensi-agensi kerajaan telah melaksanakan usaha-usaha untuk menarik lebih ramai pelancong luar ke Malaysia.            Huraikan langkah-langkah yang harus diambil untuk memajukan industri pelancongan.  

Intro : 1.         Malaysia kini mencapai nama sebagai satu destinasi pelancongan terbaik. Datuk Sabaruddin Chik mengatakan kempen galakan yang agresif telah dijalankan untuk TMN 94 dengan penekanan diberikan di Hong Kong, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah. Hasil yang dijangka ialah RM5 billion dan 7 juta pelancong asing akan melawat ke Malaysia. (Sumber : Berita Harian, 9 Sept.1993).  

Langkah : 1.         Menjualkan imej ke luar negara.Memperkenalkan Malaysia kita ke dunia. Masih terdapat negara-negara dalam dunia ini masih belum mengetahui kedudukan negara kita. Pihak kerajaan sendiri telah mengeluarkan belanja yang besar bagi membiayai kos untuk memperkenalkan negara kita di seluruh dunia. Melalui Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), kesenian dan keindahan alam Malaysia telah dihebohkan ke luar Malaysia. 

2.         Tempat peranginan.Tempat yang menarik yang terdapat di negara kita haruslah dijaga dan dibangunkan supaya kelihatan menarik sepanjang masa. Tanggungjawab ini bukan sahaja harus diambil oleh kerajaan        pusat bahkan harus melihat kerajaan negeri, penguasa-penguasa tempatan dan juga pihak-pihak swasta sama ada memberikan sumbangan tenaga atau kewangan. Penjagaan tempat-tempat menarik ini akan menggalakkan kehadiran pelancong sepanjang musim. Kebanyakan pelancong       kehendakkan satu suasana yang nyaman dan tenteram penuh dengan kesenian untuk dinikmati. 

3.         Program dan aturcara.Pelancong dari luar negeri telah dihiburkan dengan program-program yang menarik di negara kita. Acara-acara yang disediakan ini merangkumi aspek kesenian dankebudayaan tempatan agar masyarakat pelancong akan lebih mendekati dan mendalami keperibadian hidup penduduk negara ini. Negara kita kaya sekali dengan pelbagai kesenian. Pertandingan bercorak tradisional juga boleh diadakan untuk menarik penduduk tempatan serta pelancong-pelancong asing        mengalami dan merasai permainan tradisi yang kita ada. Contoh: sepak takraw, wau,gasing, perkhemahan sambil belajar. Pelancong-pelancong akan menyedari     bahawa kerajaan kita sangat mengambil berat mengenai keadaan alam sekitar             yang terdapat di negara kita. 

4.         Media massa.Kementerian Penerangan perlu mengadakan kempen secara besar-besaran. Televisyen, radio, majalah, suratkhabar,Far Eastern Economic Review, Newsweek, Times Magazine dsb perlu memberitakan imej Malaysia ke seluruh dunia.Risalah dan poster perlu diedarkan dan dilekatkan di sepanjang jalan di Malaysia khususnya dan di pasaran baru amnya. Isu ini        haruslah dihebohkan setiap kali pemimpin negara memberi ucapan dan dalam   upacara perasmian. Setiap rakyat perlu tahulah hal berkaitan dengan Tahun   Melawat Malaysia 1994 ini iaitu dari murid darjah satu sehingga mahasiswa dan mahasiswi. 

5.         Kebudayaan unik Malaysia.Malaysia harus mempamerkan kekayaan budaya unik ialah makanan tradisional, tarian tradisional, permainan tradisional, lagu tradisional, perayaan      Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Raya Aidil Fitri dsb untuk menarik minat pelancong. Hotel dan agensi pelancongan menganjurkan aktiviti berkaitan dengan kebudayaan kita seperti pertandingan tarian tradisonal di antara pelancong yang menginap di hotel mereka. 

 Kesimpulan : 1.         TMM 94 akan memikat pelancong asing tinggal lebih lama di sini kerana banyak acara yang akan dipersembahkan iaitu selama enam hari. Kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan tempatan    seiring perkembangan industri pelancongan asing.     

 CONTOH PERSOALAN : 

1.  Industri kraftangan semakin popular. Ini kerana kraftangan merupakan satu aktiviti ekonomi penting terutama di luar bandar. Huraikan langkah-langkah yang berkesan untuk memajukan industri di Malaysia. 2.  Industri kraftangan menghadapi banyak masalah. Bincangkan masalah yang dihadapi oleh industri ini dan cadangkan cara-cara yang berkesan untuk mengatasi masalah ini.   

Konsep : 1.  Perusahaan kraftangan yang dikendalikan oleh penduduk tempatan. Satu bentuk perusahaan yang menggunakan kemahiran dan kecekapan anggota badan untuk mengeluarkan hasil daripada bahan-bahan tempatan seperti kayu, buluh,rotan, mengkuang dan tanah liat di samping penggunaan bahan-bahan yang telah diproses seperti perak, tembaga,besi dan kain. 2.  Hasil pengeluaran ini berupa tongkat, bakul, raga, tikar,dulang, cawan, periuk, keris, batik, songket atau lain-lain seumpamanya. Barang-barang ini boleh digunakan sebagai alat keperluan harian, perhiasan, pakaian dan sebagainya.  

Masalah : 1.  Perusahaan yang berbentuk keluarga sahaja.Kemahirannya diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Mereka menjalankan kegiatan ini sebagai usaha sampingan. Tidak dipentingkan oleh mereka yang terlibat. Contoh : perusahaan-perusahaan membuat batik, songket, bahan-bahan perak dan tembaga di Kelantan dan Terengganu, perusahaan tekat-menekat di Perak dan perusahaan membuat tembikar daripada tanah liat di Sarawak. 

2.  Perusahaan ini tinggal dalam keadaan yang mundur.Golongan muda-mudi kurang berminat untuk meneruskan kegiatan ekonomi keluarga ini. Sebaliknya dengan taraf yang dimiliki serta nilai-nilai sosial yang berubah, mereka lebih cenderung untuk bekerja di sektor-sektor yang lebih moden. Maka golongan tua atau yang tidak berpelajaran terpaksa meneruskan usaha tersebut dengan daya pengeluaran yang lembab dan mutu yang rendah. Ini ditambah pula dengan ketiadaan modal yang secukupnya untuk memajukan perusahaan tersebut. Keadaan ini bertambah tergugatnya kedudukan mereka apabila adanya persaingan yang hebat dengan barang-barang tiruan sama ada yang diproses dalam negeri mahupun yang diimport. Contoh : dalam perusahaan batik. 

3.  Masalah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.Masalah-masalah itu ialah pengawalan mutu, daya pengeluaran, pengurusan, penggunaan bahan-bahan mentah, tenaga kerja yang mahir, modal dan pengeluaran barangan yang bermutu tinggi. Kebanyakan hasil kraftangan ini dijual dengan harga yang tidak sama. Ini menyebabkan orang ramai tidak mempercayai penjual dan mereka tidak berani membeli hasil kraftangan terutama pelancong. 

 Langkah : 1.  Penubuhan Perbadanan Kemajuan Kraftangan kerajaan.Badan ini telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan untuk memenuhi objektif-objektif tersebut. Mengadakan program-program latihan dalam berbagai-bagai aspek pengeluaran, kawalan mutu dan pemasaran kepada para pengusaha dan bakal pengusaha. Matlamatnya untuk membantu meningkatkan hasil pengeluaran dan mutu barangan kraftangan negara ini. Bertujuan untuk memajukan, menggalakkan dan mempergiatkan pertukangan kraftangan ke arah mewujudkan kegiatan usahawan yang teguh dan kukuh. Membuka pusat latihan dan melatih para belia dan beliawanis yang berminat. Memberi perhidmatan bimbingan dan teknikal dan menyebarkan maklumat berkaitan dengan teknik pengeluaran baru, kawalan mutu, pasaran dan beberapa aspek yang berkaitan. Hasil kraftangan ini dijual kepada pihak KEMAS untuk dinilai sebelum dihantar ke gerai-gerai Karyaneka di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, kedai-kedai Perbadanan Pelancongan, hotel-hotel dan sebagainya. 

2.  Pasaran diperluaskan dan program latihan.Langkah tegas yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan dengan segera. Kerajaan perlu mewujudkan pasaran yang lebih luas di samping meningkatkan lagi program latihan yang lebih intensi dalam aspek-aspek pengurusan, pengeluaran dan kawalan mutu. Kerajaan hendaklah juga menubuhkan pusat-pusat perusahaan tangan yang berpotensi di kawasan-kawasan desa dengan berdasarkan kemudahan- kemudahan yang ada seperti bahan asli, minat penduduk dan bakat yang ada di kalangan mereka. Sejajar dengan ini, pusat-pusat latihan yang berkenaan harus diperluaskan dan diperlengkapkan. Kemudahan-kemudahan ini hendaklah pula disusuli dengan bantuan kredit, khidmat nasihat termasuk yang berhubung dengan pengawalan mutu dan pemasaran. 

3.  PKKM telah membuat penyelidikan tentang pemasaran,kemajuan pengeluaran, harga, pembungkusan, pengedaran dan usaha untuk meningkatkan mutu hasil ciptaan kraftangan. Untuk mempertingkatkan usaha ini PKKM perlu bekerja keras dan mengambil langkah untuk menjamin hasil kraftangan negara ini memenuhi permintaan dari dalam negeri dan luar negeri. 

4.  Majlis Amanah Rakyat atau MARA dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah memberi kemudahan bagi mendapatkan sumber kewangan secara pinjaman untuk mengatasi masalah kewangan dan khidmat nasihat. Pihak pemasaran telah dihantar ke luar negeri untuk memperkenalkan hasil kraftangan kita. Tujuannya supaya negara-negara maju dapat memberi sumbangan baik dari segi modal, teknik ataupun kepakaran. Perbadanan Kraftangan mengharapkan negara-negara maju akan menawarkan projek-projek usahasama dengan pengusaha tempatan untuk memajukan industri kraftangan negara ini. 

5.  Pengusaha-pengusaha kraftangan tempatan perlulah berani dan bersedia menghadapi saingan daripada pengusaha-pengusaha luar. Para pengusaha mestilah bersikap positif,dinamik dan terbuka untuk pembaharuan dalam pengeluaran barangan kraftangan. Kejayaannya bukan sahaja dari segi komersial malahan dari segi kemajuan negara. Syarikat korporat juga digalakkan untuk berkecimpung dalam industri kraftangan dengan menanam modal bagi membina kilang kraftangan.  Kesimpulan : 1.  Kerajaan bukan sahaja akan dapat membantu para pengusaha dan penduduk desa menambahkan pendapatan dan menjamin masa depan mereka. Ini akan membolehkan Malaysia muncul sebagai sebuah negara pengeluar hasil kraftangan yang bermutu dan boleh menambahkan pendapatan secara keseluruhannya. Jadi, langkah ini dalam banyak hal akan merupakan satu bentuk pelaburan jangka panjang untuk faedah semua.   

CONTOH PERSOALAN : 1.  Bincangkan peranan universiti dalam pembangunan Malaysia.  Intro : 

1.  Dalam dunia pendidikan, pendidikan universiti merupakan kemuncak pendidikan seseorang. Pendidikan universiti juga merupakan satu keistimewaan bagi seseorang kerana bukan semua orang dapat menikmati pendidikan tersebut, iaitu dapat meneruskan pelajarannya di menara gading. 

2.  Merupakan impian bagi setiap pelajar di sekolah. Merupakan pasport atau tiket untuk ke arah kecemerlangan hidup.Tanda status dan kedudukan seseorang dalam masyarakat.  

Peranan : 1.  Badan penyebar ilmu            Universiti adalah bak kata pepatah `gedung ilmu’ yang di dalamnya penuh dengan khazanah ilmu yang tidak terhingga nilainya. Dengan demikian sesiapa yang berjaya ke tahap universiti maka beerti ia telah berpeluang untuk menerokai bidang ilmu yang maha luas itu dan kemudian akan keluar sebagai seorang ilmuan yang berperanan untuk menyampaikannya kepada hak anak bangsa yang dahagakan pengetahuan. Rakyat sesebuah negara akan terus maju, apa lagi bagi negara membangun, yang selama ini jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju, tetapi kini ia sama taraf dengan bangsa-bangsa yang telah maju di dunia ini. Jelas menunjukkan bahawa universiti dapat mewujudkan sati masyrakat yang dinamik dan progresif yang sanggup menerima perubahan sesuai dengan aliran zaman. 

2.  Penyebaran bahasa Melayu            Memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat yang ingin melihat bahasa ibunda mereka mempunyai kedaulatan dan kedudukan yang sewajarnya sesuai dengan sifatnya sebagai bahasa rasmi negara, iaitu menjadi bahasa ilmu yang sekaligus dapat menegakkan keperibadian bangsa. Jadi bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sistem pendidikan negara seluruhnya. Menjadi bahasa penyebaran ilmu yang tertinggi di rantau ini khususnya dan di dunia amnya. 

3.  Pusat untuk mengeluarkan manusia yang berkualiti, bukan sahaja berhemah tinggi tetapi juga mempunyai kesedaran dan tanggungjawab kepada masyarakat dan sanggup membina masyrakat yang stabil, aman damai dan bersatu padu. Tegasnya dalam hubungan memenuhi cita-cita nasional, universiti dapat memberikan sumbangan terhadap perkembangan dan kemajuan tenaga manusia serta berusahamenggerakkan proses pembaharuan dan memperkayakan di samping mempertinggikan bidang ilmu demi kemajuan bangsa dan negara. 

4.  Pengumpulan tenaga manusia mahirDari aspek pembangunan ekonomi negara, fungsi universiti adalah mengumpulkan tenaga manusia yang pakar dalam berbagai-bagai bidang dan jurusan dengan tujuan supaya daya pemikiran dan pengetahuan iktisas yang ada pada mereka itu dapat dipergunakan sepenuhnya bagi meninggikan taraf hidup rakyat dalam negara yang makmur dan harmoni. 

5.  Penghasilan pemimpinDalam bidang politik pula, universiti adalah tempat tapak semaian bagi melahirkan golongan intelek yang mempunyai sikap yang rasional dan berpandangan jauh. Dapat menggerakkan dan menyalurkan motivasi rakyat bagi menuju masa depan yang lebih cerah sambil menjamin pemerintahan demokrasi serta memberikan hak asasi rakyat dalam sebuah negara yang progresif. 

6.  Keseimbangan kerohaniah dan jasmaniahDapat memberikan keseimbangan dia antara keperluan rohani dengan jasmani bagi mengatasi masalah kehidupan yang mencabar serta kompleks dalam zaman sains dan teknologi ini. Meskipun sains dan teknologi adalah penting tepat negara tentulah tidak akan memerlukan golongan pakar sanis semata-mata tetapi juga berkehendakkan kepakaran dalam bidang lain hanya dapat dihasilkan oleh universiti sahaja.  

Kesimpulan : 1.  Universiti penting terhadap pembangunan negara. Tidak hairanlah peruntukan wang yang besar diberikan oleh kerajaan untuk perkembangannya. 2.  Diharapkan para siswazah tidak mengabaikan harapan dan cita-cita negara untuk mencapai Wawasan 2020.  

CONTOH PERSOALAN : 

1.  Baru-baru ini ahli-ahli masyarakat sering mempersoalkan kecemerlangan universiti tempatan. Mereka berpendapat kualiti siswazah yang dilahirkan kurang bermutu. Mereka juga meragui kemampuan tenaga pengajar.            Bincangkan sebab-sebab kemerosotan kecemerlangan ilmiah di universiti-universiti tempatan.  

Intro : 

1.  Kini, sering dinyatakan di dalam akhbar tempatan tentang masalah para pensyarah di universiti yang menuntut agar skim gaji dan perhidmatan mereka dikaji semula supaya selaras dengan kerjaya mereka. 

2.  Benarkah masalah ini memberi kesan langsung terhadap kemerosotan kecemerlangan universiti ? Masyarakat umum menganggapi kemerosotan mutu akademik para graduan sebagai berpunca daripada kemerosotan dedikasi dan kualiti pengajaran para pensyarah.  

Punca : 1.  Faktor sejarah            Faktor-faktor kemerosotan ini dapat disorot melalui beberapa perkembangan pada masa-masa lalu. Misalnya, walaupun wujud tradisi kecemerlangan di universiti-universiti negara ini, penubuhannya lebih terdorong olehpermintaan untuk mengeluarkan tenaga mahir yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pembangunan ekonomi, politik dan sosial negara. Penubuhannya bujanlah berdasarkankomitmen yang penuh untuk mencapai kebenaran dan ilmu pengetahuan semata-mata. 

2.  Sindrom ijazah dan diplomaSecara evolusi timbullah suatu kesan negatif di kalangan para penuntut universiti yang dikenali sebagai `sindrom diploma dan ijazah’. Dalam hal ini, rata-rata pelajar yang berjaya menyambung pelajaran di universiti bercita-cita untuk mendapatkan segulung ijazah. Aspek ilmu pengetahuan diletakkan selepas cita-cita utama tersebut. Oleh yang demikian, ada kalanya universiti-universiti seperti ini disebut sebagai sekolah tinggi. 

3.  Campur tangan pihak pemerintah            Campur tangan pihak pemerintah dalam urusan pentadbiran universiti juga berperanan dalam menimbulkan keresahan di kalangan para ilmuan. Misalnya, pengawalan universiti oleh satu majlis yang dilantik oleh kerajaan. Para wakil dalam majlis tersebut diberi kuasa untuk menentukan hala cara dan peranan bidang akademik. Hal ini menjadikan universiti seolah-olah suatu lanjutan daripada sebuah jabatan kerajaan. Hal inilah yang berlaku di universiti- universiti tempatan. 

4.  Perlantikan pegawai utama universiti            Begitulah juga halnya dengan perlantikan pegawai-pegawai utama universiti yang ditentukan oleh pertimbangan politik dan ketaatan kepada ketua mereka. Perlantikan tersebut bukanlah berdasarkan kepada kajaguhan akademik,kecekapan mentadbir atau kekananan perhidamatan. sejajar dengan hal ini, para tenaga akademik dikawal oleh Peraturan Tatakelakuan Kakitangan Akademik dan diberi gaji berdasarkan tangga gaji pegawai perhidmatan awam. 

5.  Kehilangan minat pengajar            Implikasi yang timbul daripada hal tersebut ialah para tenaga akademik mula kehilangan minat terhadap tugas pengajaran dan penyelidikan yang dapat mempertahankan kecemerlangan akademik dan kewibawaan mereka sebagai golongan intelek. Ramai pensyarah yang berlumba-lumba untuk merebut pelbagai jawatan pentadbiran yang dapat menjanjikan pendapatan yang lebih. Mereka mulai patuh kepada pentadbiran dan menjalankan tugas sebagai seorang birokrat, iaitu meniru cara berpakaian birokrat, bekerja mengikut waktu pejabat, malah ada yang membataskan peranan masing-masing kepada mengajar di bilik kuliah ibarat guru sekolah tanpa mengambil berat kerja-kerja penyelidikan.   

 Kesimpulan : 1.  Kita perlu memperbaiki keadaan tersebut. Jawatankuasa khas harus dilantik bagi merintis jalan ke arah kecemerlangan dan kegemilangan akademik sebagai tradisi kecemerlangan universiti. Kita harus ke arah mencapai dan menjadi sebuah universiti seperti “Harvard University” atau “Cambridge University” di Amerika dan England.      

SUMBANGAN PENDIDIKAN SWASTA  

1.         Definisi :             Sektor swasta memberi sumbangan yang positif untuk memajukan pendidikan bagi mencapai WAWASAN 2020. Swasta menubuhkan sekolah, pusat akademik, kolej profesional, pusat bimbingan dan sebagainya untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan pendidikan di Malaysia.            Contoh : Kolej Sunway, Pusat Bimbingan Tanjung, Kolej Stamford dan Kolej Tuanku Abd. Rahman. 

2.         Kabaikan / Peranan pendidikan swasta : 

(a)  Memberi peluang pendidikan yang lebih luas dan melanjutkan pelajaran.            Mereka yang gagal peperiksaan, tidak berjaya ke universiti dan memilih kursus mengikut cita rasa sendiri akan ke sekolah swasta. Sekolah swasta mempunyai syarat kemasukan yang lebih longgar seperti had umur dan kelulusan minima. Boleh mengatasi masalah psikologi pelajar yang gagal dan mereka belum bersedia untuk berdikari. 

(b)  Pertukaran wang asing dapat dijimatkan.            Tidak perlu membayar lebih kerana belajar di dalam negeri. Bayaran yuran yang rendah dan perbelanjaan harian yang murah. Tempat tinggal dan makan boleh dijimatkan. Nilai mata wang yang rendah dibandingkan dengan nilai mata wang yang lebih tinggi di luar negeri. Berpuluh-puluh ribu pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke luar negeri kerana universiti tempatan tidak menawarkan tempat yang  mencukupi. Membawa kesan ekonomi yang negatif. 

(c)  Pembangunan keusahawanan dan kepakaran teknologi.            Menawarkan banyak pilihan kursus. Ada yang bercorak profesional juga. Contoh : Kejuruteraan, Perakaunan,Perhotelan, Jahitan, Masakan, Sistem Bank, Perhiasan dan sebagainya. Pelajar boleh memilih subjek yang diminati oleh mereka. Membantu kerajaan menyediakan tenaga kerja yang produktif, mahir, berilmu dan berpengetahuan untuk menyumbangkan ke arah pencapaian Wawasan 2020. Meningkatkan kemahiran sumber manusia dan membantu kerajaan ke arah perindustrian yang maju. Menyediakan pelajar-pelajar bagi peperiksaan London Chamber of Commerce and Industry dan Institute of Chartered Management and Accountancy. 

(d)  Teknik pembelajaran yang berkesan.            Menyediakan pendidikan yang bermutu. Kelas kecil dikelolakan dengan berhawa dingin. Lebih ekslusif dan mengikut sistem yang paling muktahir. Mungkin menggunakan muzik bagi menenteramkan suasana pembalajaran yang lebih tenang. Mempunyai modal yang besar dan mampu menyediakan kemudahan pengajaran pembelajaran yang serba lengkap. Menyediakan sistem pentadbiran yang berkesan dan profesional. Guru dan pensyarah yang berkaliber akan dijemput untuk mengajar.            Mereka mempunyai kelayakan yang tinggi. Sentiasa menganjur seminar yang bermutu untuk membantu pelajar menyediakan diri untuk peperiksaan. Contoh : Kursus bahasa Inggeris untuk peperiksaan Toefl dan A Levels. 

(e)  Kegiatan ekonomi yang berpotensi.            Untuk kemajuan ekonomi yang pesat, pendidikan yang bertaraf tinggi adalah penting untuk mencapai Wawasan 2020. Oleh itu, syarikat-syarikat besar telah mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk projek pendidikan. Untuk meningkatkan taraf profesionalme dengan menawarkan kursus-kursus yang baik demi manarik pelajar dan mengaut keuntungan.            Contoh : MBF Holdings memiliki Kolej Taylor. Kursus Kembar (Twinning) dengan universiti terkemuka di dunia antarabangsa amat popular. 

 3.         Keburukan pendidikan swasta : 

(a)  Mungkin tidak mengikut falsafah pendidikan dengan 100%.            Mereka terpaksa menyelewengan sedikit untuk menarik minat pembelajaran.

 (b)  Terlalu mementingkan keuntungan – bayaran yuran tinggi – orang kaya sahaja yang mampu. Ini disebabkan matlamat akhir sektor swasta ialah mencapai keuntungan maksima. Tiada ciri kebajikan wujud dalam perniagaan. 

(c)  Wujudnya penyelewengan – Sekolah swasta tutup kalau rugi. Pelajar-pelajar yang ada terpaksa diberhentikan.            Ini akan menyebabkan masalah kepada pelajar dan mereka terasa ditipu. Mengiklankan tentang kehandalan sekolah swasta tetapi pada hakikatnya tidak sebegitu.

 (d)  Kelayakan tenaga pengajar diragui kemampuan mereka. Adakah guru sekolah-sekolah swasta terlatih ? Mampu mereka menegaskan disiplin dan menguatkuasakan peraturan sekolah dengan adil dan berkesan. 

 4.         Kesimpulan : (a)  Kementerian pendidikan haruslah menyalurkan bantuan dan menyusun cara untuk mengawal pengurusan sekolah swasta supaya selaras dengan matlamat falsafah negara. 

 CONTOH PERSOALAN : 

1.  Tiap-tiap tahun, bilangan lepasan SPM dan STPM yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaan masing-masing semakin bertambah. Peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat yang lebih tinggi belum terjamin memandangkan kemampuan universiti tempatan mengambil pelajar-pelajar adalah terhad. Baru-baru ini, banyak kolej swasta telah menjalankan program ‘Universiti Berkembar’ dengan universiti luar negeri untuk membantu mereka yang gagal melanjutkan pelajaran di negara kita. Sejauh manakah program Universiti berkembar ini dapat membawa kebaikan terhadap perkembangan Pendidikan Negara.  

Intro : 1.  Menampung lebih ramai pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran. Pertambahan bilangan pelajar yang lulus peperiksaan sama ada di peringkat SPM dan STPM adalah jelas. Tiap-tiap universiti yang ada di negara ini hanya berupaya untuk menerima sekitar 2000 hingga 3300 orang pelajar pada setiap sessi pengambilan. Pelajar- pelajar ini sekurang-kurangnya dapat mencapai hasrat mereka untuk dipanggil graduan. Dengan sumber manusia sedemikian kita dapat membantu kerajaan mencapai Wawasan 2020.  

Kebaikan : 1.  Untuk membuka peluang kepada pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran. Program universiti berkembar di antara kolej-kolej swasta tempatan dengan universiti-universiti luar negeri telah membantu rakyat mencapai hasrat mereka. Penubuhan dan perkembangan program yang seumpama ini telah membuka jalan kepada sebilangan pelajar-pelajar yang tidak bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. Peluang-peluang ini telah menyebabkan mereka menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa yang akan datang.

2.  Melanjutkan pelajaran di dalam negeri. Corak pengendalian dan pengajarannya berlangsung di negara ini. Keadaan ini adalah sesuai untuk rakyat kerana mereka tidak perlu membeli pakaian tebal, membawa makanan sambal belacan, periuk dan sebagainya. Cara kehidupan dan kebudayaan orang-orang tempatan adalah lebih sesuai dan ini adalah satu kebaikan program berkembar. Program seperti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan masyarakat tempatan naumun kita harus menimbangkan beberapa aspek kebaikan serta keburukan akibat daripada program tersebut. ini adalah satu kebaikan program berkembar. Program seperti ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada kalangan masyarakat tempatan. Namun kita harus menimbangkan beberapa aspek kebaikan serta keburukan akibat daripada program tersebut.

3.         Pengaliran wang ke luar boleh dielakkan. Pelajar-pelajar yang ingin menambahkan tahap akademik mereka walaupun gagal mendapat tempat dalam negeri tidak perlu lagi mengeluarkan belanja yang banyak ke luar negeri. Mereka boleh menyertai program ini di dalam negara ini sahaja. Dalam keadaan ini, kita tidak perlu membazirkan wang kita di luar negara. Kos perbelanjaan untuk membiayai pendidikan di dalam negeri lebih menjimatkan.

 4.         Kemahiran dan kepakaran masuk ke dalam negara. Pihak yang menganjurkan program itu sudah semestinya menggunakan kepakaran-kepakaran universiti yang bekerjasama dengan mereka. Peluang-peluang bagi pelajar- pelajar yang menyertai program ini mempelajari pelbagai teknik kemahiran sama ada dalam bidang teknologi atau ilmu kemanusiaan. Ini juga menyebabkan pemindahan kemahiran dan kepakaran di kalangan pensyarah. Pensyarah tempatan dapat mempelajari dan berkongsi pendapat dengan pensyarah luar.  

Kesan Negatif :

1.         Penggunaan bahasa inggeris. Institusi yang menganjurkan program berkembar dengan universiti-universiti luar negeri menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Ini tidak menepati falsafah pendidikan negara yang mengutamakan penggunaan bahasa melayu dalam bidang pendidikan. Penggunaan bahasa inggeris di intitusi swasta boleh menerbitkan kecenderungan pelajar-pelajar menggunakan bahasa inggeris secara berpanjangan khususnya apabila menceburi sektor pekerjaan. Mereka lebih mengutamakan bahasa inggeris.

2.         Pengiktirafan kerajaan dan swasta. Kolej swasta yang menganjurkan program yang seperti ini dengan universiti luar negeri tidak mendapat pengiktirafan pihak kerajaan. Mereka melakukan kerjasama ini semata-mata kerana ingin mencari untung dan bukannya mementingkan kualiti pelajaran serta masa depan pelajar- pelajar kelak. Pelajar-pelajar yang tamat pengajian mereka akan menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan kerana ijazah mereka tidak diiktiraf. Pelajar tersebut telah membazirkan wang dan masanya selama menyertai program tersebut.

3.         Yuran pembelajaran yang tinggi. Perbelanjaan penduduk dalam negeri ternyata tinggi kerana kolej-kolej ini mengenakan yuran yang tinggi bagi kursus-kursus yang dikendalikan. Penduduk di negara kita masih ramai yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pelajaran mereka kerana kemiskinan. Mereka tidak mendapat biasiswa kerana kolej-kolej ini adalah kolej swasta. Kolej-kolej swasta ini lebih mementing keuntungan semata-mata. Mereka tidak berapa berminat membaiki kualiti pendidikan pelajar.  

Kesimpulan : 1.         Semasa meluluskan permit kolej swasta ini untuk mengadakan program berkembar, kerajaan haruslah berhati- hati dengan kelemahan yang wujud. Ini demi menjaga kualiti pendidikan yang ditawarkan.     CONTOH

PERSOALAN : 

1.  Setiap kali menjelang musim perayaan gedung membeli-belah mengadakan berbagai-bagai jualan murah untuk menarik perhatian pengguna dan mengaut keuntungan yang cepat. Sebagai pengguna, kita sering terperangkap dalam iklan- iklan yang menarik dan jualan murah tersebut. Sebenarnya, para peniaga adalah secara halus “menipu” pengguna yang berbelanja. Bincangkan hak-hak anda sebagai pengguna dan huraikan peranan persatuan pengguna dalam membantu pengguna yang menghadapi masalah ini.  

Intro :

1.  Pengguna adalah “raja” kerana mereka mempunyai kuasa membeli.

2.  Pengguna tidak tahu hak mereka mereka sebagai pengguna dan sering ditipu. Pengguna juga tidak bersatu-padu dalam menentang kenaikan harga barangan.

3.  15 Mac 1992 adalah Hari Pengguna sedunia dan di Malaysia sambutannya telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Oleh kerana hak pengguna perlu dikawal, satu kementerian hal-ehwal pengguna telah ditubuhkan dan dipimpin oleh YB Datuk Abu Hasan (1993).  

Hak Pengguna :

1.  Pemilihan barangan dan perkhidmatan. Memilih barangan dan perkhidmatan secara bebas tanpa desakan, tanpa rasa takut, segan dan sebagainya. Juga berhak mendapat penerangan atau maklumat terperinci sebelum mengambil keputusan untuk membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan seperti boleh bertanya, tawar- menawar, memegang dan meniliti dengan sepuas hati.

2.  Perlindungan daripada bahaya. Mendapat perlindungan daripada bahaya atau kesan-kesan sampingan semasa menggunakan barangan atau perkhidmatan, seperti alat-alat elektrik yang merbahaya, jentera dan sebagainya. Pengguna juga berhak menuntut gantirugi seperti menukar dengan barangan yang baru, memulangkan semula wang, atau membayar pampasan yang lebih tinggi.  

Peranan persatuan pengguna :

1.  Perjuangan hak pengguna. Peranan persatuan pengguna adalah memperjuangkan hak-hak pengguna yang tertipu, menyedarkan pengguna terhadap muslihat di tempat membeli belah, menjalankan kaji selidik barangan pengguna di pasaran dan lain-lain. Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 1970 adalah persatuan pengguna yang paling aktif memperjuangkan nasib pengguna. Persatuan pengguna boleh membantu pengguna yang tertipu, tertindas, atau yang teraniaya dengan cara menjadi orang tengah, membongkar kes-kes penipuan dalam akhbar terutama Utusan Pengguna atau menolong menjalankan pendakwaan di mahkamah.

2.  Kajian dan pembangunan. Menjalankan kaji selidik dengan penyelidikan yang berfaedah demi kebaikaan pengguna seperti ada sesetengah Chewing Gum mengandungi geletin babi, ada sesetengah sabun yang menggunakan lemak babi, tidak sesuai untuk orang Islam, burger mengandungi timah hitam yang menyebabkan kolestrol yang tinggi dan lain-lain. 3.  Kesedaran pengguna. Menyedarkan pengguna terhadap tipu muslihat di tempat membeli belah seperti kaedah jualan murah, timbangan, mutu atau gred barangan atau perkhidmatan, harga, tanda harga, halal dan bersih digunakan. Melalui risalah dan buku yang dikeluarkan oleh persatuan-persatuan ini bolehlah pengguna memahami hal-hal berkaitan dengan pengguna.  

Kesimpulan : 1.  Pengguna sering menjadi mangsa kerana tidak tahu hak-hak mereka sebagai pengguna. 2.  Bantuan daripada pihak persatuan pengguna adalah perlu bagi mengurangkan masalah penipuan terhadap pengguna dan para peniaga yang mencari kesempatan. 3.  Kerajaan juga perlu mengambil berat dalam hal ini kerana melibatkan semua rakyat dan kementerian yang berkaitan dengan kepenggunaan telah diwujudkan.     

CONTOH PERSOALAN 

 1.  Pendirian tegas yang ditunjukkan oleh Malaysia baru-baru ini ketika membincangkan isu-isu antarabangsa telah membawa kesan negatif dan positif kepada negara. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini ?.  Intro: 1.  Sesebuah negara yang telah merdeka, adalah wajar menggunakan konsep “Kedaulatan”. 2.  Malaysia sebagai negara berdaulat dan dihormati oleh kebanyakan negara di dunia. Malaysia yang mengamalkan dasar berkecuali dan adalah bebas untuk menyatakan pendiriannya dengan tegas dan berani.  

Kesan negatif: 1          Hubungan Malaysia vs England (1983-1985) Hubungan Malaysia dengan Britain renggang seketika akibat sikap radikal pemimpin kita melaksanakan atau sekitar melancarkan “Dasar Pandang Ke Timur” dan “mengimport barang-barang Britain sebagai langkah terakhir”. Akibat masalah ini Menteri Luar England dihantar ke Malaysia untuk berunding. Akibat dasar kerajaan ini, kerajaan Britain dan Australia telah menaikkan yuran mahasiswa- mahasiswi di Universiti.

2.  Hubungan Malaysia-Australia-England. Awal tahun 1980an hubungan diplomatik Malaysia dan Australia serta Britain agak rengang sedikit kerana ketegasan badan justisari atau kehakiman menjatuhi hukuman gantung sampai mati kepada Kelvin Barlow dan Brian Chambers kerana kesalahan mengedar dadah di Lapangan Terbang Bayan Lepas – kedua-dua rakyat Australia. Apa yang menyedihkan negara kita ialah tuduhan kerajaan Britain dan Australia terhadap negara Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak berperikemanusiaan dan boleh dianggap sebagai negara “barbarian”.

3.  Sistem Keutamaan Am Malaysia (GSP) Sistem Keutamaan Am Malaysia (General System of Preferences) dengan Amerika Syarikat hampir ditarik balik pada tahun 1991 kerana tindakan kerajaan Malaysia yang mengutuk perbuatan Amerika Syarikat pada peringkat antarabangsa, sedangkan tindakan kerajaan kita tersebut adalah kena pada tempatnya. Bagi Amerika Syarikat pula ugutan untuk menarik balik “GSP” kerana mereka menuduh Malaysia tidak memberi dan tidak menjaga hak asasi kepada para pekerja – iaitu kebebasan membentuk kesatuan sekerja  

4.Penubuhan EAEC. Tindakan tegas pemimpin kita yang mengeluarkan idea untuk menubuhkan Perundingan Ekonomi Asia Timur(EAEC) pada tahun 1991 menyebabkan kebanyakan negara-negara maju merasa tidak senang, terutamanya Amerika Syarikat. Amerika Syarikat cuba memujuk dan menyekat kerajaan Jepun daripada menyertai EAEC yang katanya merupakan satu pakatan kerjasama ekonomi dan bukan sebagai badan penasihat atau badan perundingan ekonomi. Bagi Amerika Syarikat, cuba mengagalkan kewujudan EAEC.  

Kesan Positif :

1.  Dasar Apartheid. Perlaksanaan Dasar Apartheid di Afrika Selatan menampakkan kesan positif. Regim Afrika Selatan semakin longgar mengenakan syarat-syarat pemerintahannya, iaitu cuba mengurangkan dasar membezakan kaum. Sebagai contoh Parti KOngres Kebangsaan Afrika (ANC) tidak lagi diisytihar sebagai parti haram, Presiden ANC, Nelson Mandela telah dibebaskan dan kelonggaran kepada rakyat Afrika untuk menyertai kongres tersebut.

2.  Suruhanjaya Selatan-selatan (1986). Hasil daripada sikap lantang negara Malaysia, iaitu saranan Dr. Mahathir ketika menghadiri persidangan Pergerakan negara-negara berkecuali (6) di Harare, Simbabwe pada tahun 1985. Tujuan penubuhan Suruhanjaya tersebut adalah untuk mewujudkan satu bentuk kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara kecil dan bukan sahaja bergantung kepada negara-negara maju. Untuk bertentangan dengan 67, diwujudkan G15 dari kalangan negara yang menganggotai Suruhanjaya Selatan-selatan. Contoh: Malaysia, Thai, Filipina, Singapura dll. Untuk mengatasi masalah ketidakstabilan ekonomi negara-negara membangun. Wujudnya G15 adalah hasil usaha Malysia pada 1990.

3.  Undang-undang dadah. Ketegasan Malaysia di dalam soal dadah menampakkan ciri yang positif, iaitu lebih banyak negara-negara lain di dunia cuba meniru undang-undang Malaysia yang menjatuhi hukuman mati kepada pengedar-pengedar dadah. Contoh: Singapura juga telah menjatuhi hukuman mati kepada pengedar dadah dan kedengaran ura-ura Amerika Syarikat pun akan menjatuhi hukuman mati kepada pengedar-pengedar dadah.

4.  Dasar Pandang Ke Timur Malaysia yang melaksanakan Dasar Pandang ke Timur menampakkan kesan yang positif kepada negara. Banyak pelabur-pelabur Jepun membuka firma-firmanya di Malaysia.  Malaysia berjaya menghasilkan kereta nasional (Proton Saga ) dan akan mengeluarkan kereta  jenis Daihatsu serta kereta “sport” dengan kerajaan Australia.

5.         Kutukan pencerobohan Iraq di Kuwait Ketegasan Malaysia menyatakan  pendiriannya  iaitu mengutuk penceroboh Iraq ke atas Kuwait pada bulan Ogos 1990 serta mengundi untuk menyokong pihak bersekutu menggunakan tentera untuk menghalau Iraq keluar dari Kuwait, sememangnya mendatangkan kesan yang positif. Untuk menjaga kepentingan GSP antara Malaysia dan Amerika Syarikat dan untuk mengekalkan bantuan yang sentiasa diberikan oleh Arab Saudi kepada Malaysia.

6.         Pendirian Malaysia bagi isu Kampuchea . Isu di Kampuchea berjaya diselesaikan  apabila pen- dirian tegas Malaysia dinyatakan dalam beberapa mesyuarat Agung ASEAN dan pada peringkat antarabangsa (PBB). Hasilnya Kampuchea sekarang diperintah oleh Majlis Tertinggi Kebangsaan Kampuchea dengan diawasi oleh Pasukan Pengaman PBB. Kesimpulan  : 1.         Malaysia cuma memainkan peranannya dalam mengamankan dunia dengan menyertai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.       

CONTOH PERSOALAN : 1.  Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diwujudkan untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negara-negara yang menjadi ahli. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini peranan PBB untuk mewujudkan keharmonian masyarakat antarabangsa semakin terbatas dan kurang berkesan. Huraikan pendapat tersebut.  

Intro : 

1.  Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa menyelamatkan dunia daripada bencana Perang Dunia Kedua, telah membuka ruang kepada kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB ditubuhkan pada Persidangan di San Francisco, Amerika Syarikat pada 24 Oktober 1945. Keanggotaannya kini sudah melebihi 165 buah negara apabila beberapa buah bekas republik di Soviet Inuon dan beberapa buah negara di Kepulauan Pasifik menyertainya.  

Fungsi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu : 

1.  Untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia terutama berusaha mencegah berlakunya perang dunia. Untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh negara- negara di dunia dalam bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial.

 2.  Bantuan-bantuan dalam bentuk kewangan, fizikal dan kepakaran diberikan kepada negara-negara yang memerlukannya seperti dalam bidang ekonomi, teknikal dan sosial.  

3.  Struktur PBB secara umumnya dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan-badan utama (principal organ), pertubuhan khas dan pertubuhan cawangan. Perhimpunan Agung, Majlis Pemegang Amanah, Majlis Ekonomi dan Sosial, pertubuhan- pertubuhan khas yang berperanan memberi sumbangan dalam bidang-bidang khusu termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), UNESCO dan sebagainya.

4.  Pertubuhan-pertubuhan cawangan pula diwujudkan atas kehendak PBB sekiranya ada sesuatu isu misalnya Tabung kanak-kanak PBB (UNICEF), Program Pembangunan PBB (UNDP), Pasukan Tentera Pengaman PBB di Kampuchea dan sebagainya.

 5.  Tugas untuk mengendalikan keselamatan dunia diserahkan kepada Majlis Keselamatan. Majlis ini dianggotai oleh 15 buah anggota. Lima daripadanya anggota tetap dan 10 buah negara lagi dipilih untuk tempoh dua tahun.  

Sebab Kegagalan : 

1.  Salahguna kuasa VETO. Lima buah negara menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan (Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China) sering menggunakan kuasa Veto terhadap isu-isu yang menyentuh kepentingan mereka. Kuasa Veto ialah kuasa pembatal atau pemutus yang diberikan oleh PBB kepada kuasa-kuasa besar dunia dianggap istimewa. Ini kerana negara-negara tersebut boleh mengenepikan kutukan dan kritikan dari negara-negara anggota dalam Perhimpunan Agung PBB. Amerika Syarikat dan Rusia sering menggunakan kuasa Veto ini untuk kepentingan sendiri. Contoh : isu pencerobohan Rusia ke atas Afghanistan, isu Palestin dan isu pengeboman Amerika Syarikat ke atas Libya pada tahun 1987.

2.  PBB untuk kepentingan sendiri. Dalam keadaan tertentu PBB dijadikan alat oleh negara tertentu untuk mencapai tujuan politik negara tersebut. Kuasa-kuasa besar menggunakan PBB untuk menekan negara lain supaya tunduk kepada kemahuan mereka. Jelas Amerika Syarikat mendesak PBB supaya mewujudkan kumpulan pakar pengkaji nuklear yang ditugaskan oleh PBB menyiasat senjata-senjata di Iraq iaitu kuasa baru di Timur Tengah yang boleh mengugat kepentingan mereka. Pasukan penyiasat juga dikatakan sedang berusaha untuk menyiasat senjata nuklear di Korea Utara. Tindakan sedemikian sebenarnya didalangi oleh kuasa-kuasa besar.

3.  Pasukan tentera menghadapi masalah. Peranan pasukan tentera pengaman PBB juga menghadapi masalah terutama mengenai pembiayaan, diplomatik, kebenaran negara-negara terlibat halangan PBB dan menyerang dua kampung di Selatan Lebanon hingga menyebabkan 30 pejuang Hizbulah terbunuh, dianggap paling hebat kepada imej dan maruah PBB. Menurut laporan, tentera Israel dan askar PBB bertumbuk ketika pasukan Israel mara ke kampung Kafra dan Yater. Dua askar PBB cedera dalam pergaduhan itu. Israel juga menggunakan jentolak untuk melanyak dua buah kenderaan PBB yang diletak di tengah jalan bagi menghalang kemaraan Israel.

4.  Campurtangan kuasa-kuasa besar. Sikap suka campurtangan kuasa-kuasa besar khususnya Rusia dan Amerika Syarikat terhadap negara-negara yang tidak stabil menyebabkan peranan PBB untuk menyelesaikan konflik di negara-negara tersebut kurang berkesan. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan “pencerobohan” Amerika ke atas Panama untuk menangkap Presiden negara tersebut Jeneral Noriega. Begitu juga dengan kes Grenada dan El Savador, kedua-dua kuasa besar itu (Amerika Syarikat dan Rusia) cuba mengembangkan pengaruh mereka terhadap dua kumpulan yang sedang berebut kuasa memerintah negara-negara tersebut.

5.  Keputusan PMM tidak dilaksanakan. Tiada kuasa melaksanakan keputusan terhadap sesuatu resolusi yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung. Walaupun dalam Perhimpunan Agung hampir keseluruhan negara mengutuk tindakan dan layanan Israel terhadap rakyat Palestin, tetapi masih tidak ada perlindungan kepada rakyat Palestin hingga hari ini. Ini kerana soal- soal yang berkaitan dengan keselamatan diserahkan bulat- bulat kepada Majlis Keselamatan yang diterajui oleh Amerika Syarikat dan Rusia.  Kesimpulan : 1.  PBB nyata kurang berkesan dalam menyelesaikan konflik antarbangsa. Isu Palestin dan Kampuchea masih berlarutan hampir setengah abad. Usaha-usaha yang lebih positif perlu dilakukan untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan negara-negara anggota terhadap pertubuhan yang bersifat “World Govermemt” ini.    

 CONTOH PERSOALAN : 1.  Bincangkan peranan sukan dalam pembangunan negara. 2.  Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik negara. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini ?. 3.  Bincangkan kebaikan dan keburukan sukan. 4.  Sejauh manakah alat sukan boleh meningkatkan mutu sukan ?  Intro : 1.  Ramai orang menganggap sukan sebagai satu bentuk rekreasi dan dapat membina kesihatan kita. 2.  Aktiviti sukan merangkumi kegiatan seperti berenang, olahraga, badminton, tenis, skuasy, sepak takraw, golf, gusti, tinju dan lumba kereta. 3.  Sukan muncul sebagai satu fenomena penting di seluruh dunia. Berkembang sebagai kegiatan fizikal berorientasikan pertandingan.  Peranan : 1.  Pembangunan sosio-budaya sesebuah masyarakat. Penglibatan individu dalam sukan merupakan alat yang berkesan untuk membina kesihatan tubuh badan. Kegiatan fizikal sukan membolehkan jantung dan sistem pengaliran darah bertambah baik. Meningkatkan fungsi pernafasan manusia. Memperbaiki dan memulihkan ketidakfungsian kardiovaskular, pergerakan sendi dan mengurangkan tekanan emosi individu. Rakyat yang sihat akan menjadi aset yang penting bagi pembangunan negara. 2.  Pembina sahsiah yang menyeluruh. Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul. Idelogi sosial aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi. Dianggap sebagai sumber ilmu dan panduan dalam proses pembelajaran. Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu menang dan kalah. Sikap bertolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul dapat dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan semangat yang positif dan ingin berjaya serta perjuangan yang kuat. 3.  Menyatukan masyrakat berbagai etnik. Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami. Boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Boleh menjalin keperimanusiaan. Penyakit- penyakit sosial seperti penagihan dadah, alkoholisme, lari dari rumah, keruntuhan akhlak dan penyakit kelamin dapat dikurangkan kalau seseorang individu melibatkan diri dalam aktiviti sukan. 4.  Sebagai satu industri dan perdagangan. Sukan berkembang menjadi satu industri seperti yang terdapat di negara-negara maju. Contoh : Amerika Syarikat memperohlehi sebanyak RM135 billion sebagai pendapatan negara kasar bagi pengeluaran alat-alat sukan pada 1987.Industri sukan sahaja menyumbangkan kira-kira 1% hingga 2% pengeluaran negara kasar di negara-negara perindustrian yang memperlihatkan kadar pertumbuhan yang lebih pesat. Malaysia pula memperohlehi kira-kira RM45.41 juta hasil daripada eksport alat-alat sukan baru-baru ini. Contoh alat-alat sukan : Raket Yonex, kasut Reebok dan kasut bolesepak Puma. Perkembangan industri sukan telah meningkatkan pasaran antarabangsa untuk pengeluaran, perniagaan dan pengedaran alat-alat sukan, barangan dan perhidmatan yang berkait dengan industri sukan. Pasaran dunia untuk alatan sukan melebihi RM50 billion pada tahun-tahun 1980an. 5.  Peluang pekerjaan. Menyedikan peluang pekerjaan profesional dan bukan profesional. Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat yang menceburi dalam French Federation of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik.  Kesimpulan : 1.  Baru-baru ini, wujud satu hubungan yang erat dinamakan “simbiotik” antara sukan, media dan pengiklanan. Televisyen telah mengeksploitasikan sukan sebgai nadi pengiklanan melalui sokongan kewangan. Contoh : liputan sukan Olimpik melalui televisyen pada 1992 dibayar RM21 juta oleh Syarikat Dunhill. Kos penajaan bolasepak semi- pro Malaysia pula berjumlah RM6.6 juta. 2. Sukan boleh meningkatkan imej dan martabat negara. Sukan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. ” MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA ” mengikut Rahim Razali pengulas sukan negara.     

CONTOH PERSOALAN : 1.  Cara-cara untuk memajukan bidang perindustrian di negara kita demi mencapai Wawasan 2020. Bincangkan. 2.  Pelan Induk Perindustrian dan Dasar Perindustrian Berat adalah dasar yang penting untuk menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini ? 3.  Bincangkan sumbangan industri berat dalam pembangunan negara.   Konsep perindustrian dalam pembangunan negara. 1.  Sektor perindustrian memainkan fungsi utama dalam kemajuan sesebuah negara. Perkembangan industri perkilangan boleh meningkatkan gunatenaga dan mengglakkan pertumbuhan industri baru, menambahkan pendapatan negara dan memperbaiki imbangan pembayaran. Banyak usaha telah dipergiatkan demi menggerakkan jentera pembangunan perindustrian Malaysia.  Langkah mempercepatkan kadar perindustrian : 1.  Pelabur asing pelabur asing mempunyai modal yang kukuh, kemahiran teknologi, rangkaian pemasaran yang luas di peringkat antarabangsa. Kalau ada pelabur asing, Malaysia tidak perlu meminjam daripada sumber kewangan asing demi membuka kilang-kilang baru atau mengimport teknologi moden. Kerajaan telah memberi galakan yang lebih menarik kepada syarikat asing seperti pengecualian cukai menerusi taraf perintis, pengwujudan kawasan perdagangan bebas dan penyediaan kemudahan infrastruktur yang sempurna. 2.  Pasaran yang luas. Faktor pasaran penting terhadap pembangunan industri perkilangan. Permintaan yang luas boleh mendorong pengilang untuk menambahkan pengeluaran dan memperluaskan pelaburan. Kerajaan telah menerokai pasaran baru terutamanya negara sosialis dan negara sedang membangun yang berpotensi. Menghantar rombongan perdagangan ke luar negara dan meyertai ekspo-ekspo antarabangsa untuk mempamerkan barangan buatan Malaysia. Contoh : Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, Pusat Dagangan Eksport Malaysia dan Pesuruhjaya Perdagangan di luar negara telah menyebarkan maklumat kepada ahli-ahli perniagaan di luar negara. 3. Penyediaan tenaga buruh mahir. Tenaga buruh yang mahir penting untuk memajukan proses perindustrian. Tahap kepakaran yang tinggi dapat meningkatkan daya produktiviti dan meminimunkan kos pengeluaran dan meninggikan kualiti barangan yang dihasilkan. Kerajaan telah menubuhkan banyak intitusi pengajian tinggi dan pusat latihan teknikal, seperti Universiti Teknologi Malaysia dan Institut Kemahiran MARA untuk melatih dan melahirkan tenaga pekerja mahir dan yang mempunyai semangat keusahawanan yang sesuai dengan keperluan pembangunan sektor perindustrian. 4.  Penyelidikan dan pembangunan (R&D) Dalam usaha membolehkan barangan buatan Malaysia mendapat sokongan dan menembusi pasaran antarabangsa, kerajaan dan pengusaha haruslah meningkatkan program penyelidikan dan pembangunan. Kita dapat memperkenalkan teknik pengeluaran baru yang sesuai demi meninggikan daya produktiviti dan keupayaan persaingan untuk barangan tempatan di pasaran asing. Pengeluaran barangan yang bermutu tinggi dan murah akan mendapat perhatian para pengguna. Institusi penyelidikan penrindustrian seperti SIRIM dapat mengawal barang-barang pembuatan yang berkualiti. 5.  Kestabilan politik. Mewujudkan iklim pelaburan yang menggalakkan. Semua orang Semua orang perlu berganding bahu demi melahirkan sebuah masyarakat yang aman dan mesra. Usahawan barulah berani menanam modal dan memperluaskan aktiviti perkilangan mereka. Gangguan politik dan masalah ketenteraman boleh mengagalkan projek pembangunan sesebuah negara. Sekiranya sesebuah negara itu sentiasa mengalami masalah perkauman dan krisis mogok yang berleluasa, ini akan menjejaskan pembangunan negara. Masalah ini akan mengakibatkan ramai pelabur asing dan pemodal tempatan beralih ke negara- negara yang lebih stabil demi menjamin keuntungan pelaburan mereka.    

CONTOH PERSOALAN : 1.  Huraikan langkah-langkah untuk menggalakkan pelaburan asing. 2.  Pelaburan asing bantu mengatasi masalah kemelesetan ekonomi negara. Sejauh manakah pelaburan asing dapat membawa kebaikan terhadap pembangunan negara ?.  Konsep ekonomi dan pelaburan : 1.  Kemelesetan ekonomi dunia yang serius telah menimbulkan beberapa implikasi negatif terhadap negara. Pertumbuhan ekonomi yang lembab telah mengakibatkan pengganguran, kejatuhan eksport dan menambahkan hutang negara. Oleh itu, pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai pendekatan baru demi menarik kemasukan pelaburan asing agar dapat membawa manfaat ke arah mempercepatkan kemajuan negara. 2.  Pelaburan asing merupakan nadi penggerak ke arah pembangunan negara. Kemasukan pemodal-pemodal asing dapat menambahkan pendapatan negara, meningkatkan gunatenaga dan mempercepatkan pemindahan teknologi dan kepakaran ke dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Kerajaan telah melipatgandakan usaha untuk menggalakkan pelaburan asing di negara ini.  Sumbangan pelaburan asing : 1.  Teknologi muktahir. Membolehkan pemindahan teknologi moden ke negara ini. Malaysia masih kekurangan sumber kewangan untuk membiayai projek-projek latihan dan penyelidikan  demi mencapai teknologi moden. Masalah ini merupakan satu penghalang yang menyekat kemajuan sektor perindustrian. Pelabur- pelabur asing akan membawa bersama teknologi dan sistem pengurusan moden serta tenaga profesional yang pakar dan produktif. Mereka juga akan melaksanakan pelbagai program untuk melatih buruh tempatan demi mengembangkan pengetahuan kepakaran agar pekerja-pekerja tempatan dapat diserapkan ke dalam projek pelaburan mereka. Contohnya, projek mencarigali minyak di Terengganu. 2.  Gunatenaga yang mahir. Matlamat utama kerajaan menggalakkan pelaburan asing ialah untuk meningkatkan gunatenaga dan mengurangkan kadar pengganguran negara. Apabila pelaburan asing bertambah, banyak kilang baru akan didirikan. Dalam usaha menjayakan projek ini, negara kita memerlukan banyak tenaga buruh. Maka wujudlah peluang pekerjaan yang lebih banyak. Perkembangan ini memberi kesempatan kepada para penganggur untuk mendapatkan pekerjaan dalam kilang- kilang tersebut. 3.  Pendapatan negara bertambah. Pengaliran wang ke luar negeri akan berkurangan kerana banyak barangan import telah digantikan dengan barangan tempatan. Sebelum ini, kebanyakan bahan mentah dieksport ke negara-negara maju dengan harga yang rendah. Kemudian bahan mentah ini diproses menjadi barangan siap dan dijual semula semula ke negara ini dengan harga yang lebih tinggi. Kemasukan pelaburan asing membolehkan banyak modal dan kepakaran disalurkan ke kilang-kilang perusahaan tempatan. Bahan-bahan tempatan boleh diproses oleh kilang-kilang di negara ini. Dengan cara ini, harga dan penggunaan bahan mentah tempatan lebih terjamin. 4.  Menyelesaikan hutang negara. Sumber kewangan dalam projek-projek pelaburan asing itu merupakan modal pelaburan yang tidak perlu dibayar balik. Dalam usaha mengatasi kemelesetan ekonomi dan memajukan taraf hidup rakyat, pihak kerajaan banyak meminjam daripada intitusi kewangan asing sehingga menyebabkan hutang negara mencapai 45 billion ringgit pada tahun 1989. Ini merupakan perkembangan yang kurang sihat kerana setiap tahun negara kita terpaksa membayar balik sejumlah besar hutang tersebut ke luar negeri. 5.  Pembangunan infrastruktur. Kemudahan asas yang sempurna merupakan nadi utama untuk mempergiatkan pembangunan perindustrian. Justeru itu, kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan kemudahan elektrik dan air, di samping sistem pengangkutan yang baik demi menarik dan menjayakan projek pelaburan asing. Pelabur-pelabur asing sendiri juga akan menyediakan kemudahan rekreasi dan tempat kediaman untuk para pekerja. Penyediaan perhidmatan sosial ini akan meninggikan taraf hidup sosial rakyat negara ini. Contoh : Jalan Sultan Azlan Shah telah dibina untuk memudahkan haluan kilang-kilang di Bayan Lepas dan Bayan Baru di Pulau Pinang.  Langkah : 1.  Skim galakan. Merupakan daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing. Pihak kerajaan memberikan taraf perintis untuk membolehkan syarikat-syarikat asing yang baru menikmati kemudahan pengecualian cukai, di samping melanjutkan tempoh pengecualian cukai untuk syarikat- syarikat asing yang sedia ada. Dalam usaha menambahkan modal asing, pihak kerajaan juga harus melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek. Keistimewaan ini dapat menarik pera pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Malaysia juga mengamalkan dasar pertukaran wang asing yang liberal. Pelabur-pelabur asing dibenarkan membawa keluar segala keuntungan dan pulangan modal. Ini satu-satunya insentif negara yang dihargai oleh pelabur asing. 2.  Rombongan penggalakan pelaburan. Penghantaran rombongan penggalakan pelaburan ke luar negeri adalah langkah yang wajar untuk menarik kemasukan pelaburan asing. Sejak bulan Mei 1987, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri telah mengetuai banyak rombongan penggalakan ke luar negeri. Untuk menyedarkan pelabur asing mengenai potensi pelaburan di Malaysia melalui seminar pelaburan, mesyuarat serta laporan media massa. Maklumat pelaburan untuk pelabur asing juga disampaikan menerusi pejabat Lambaga Kemajuan Perindustrian Malaysia di luar negeri dan kedutaan asing. Langkah ini dapat memberi penjelasan mengenai dasar-dasar baru kerajaan dan galakan serta peluang pelaburan kepada bakal pelabur asing. Ini akan menimbulkan minat di kalangan pengusaha asing dan memandang Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menguntungkan. 3.  Tapak perindustrian. Kawasan perindustrian yang sesuai dan kemudahan infrstruktur yang sempurna mustahak untuk menjayakan sesuatu projek pelaburan asing. Dalam usaha menarik pelabur asing, tapak perusahaan yang strategik telah dipilih untuk dimajukan sebagai kawasan perusahaan. Kerajaan juga perlu memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk menyediakan kemudahan elektrik dan bekalan air, di samping memperbaiki sistem pengangkutan di kawasan perindustrian tersebut demi menjayakan projek pelaburan asing. Contohnya, Kawasan Perindustrian Mak Mandin, Butterworth di Pulau Pinang dan Kawasan Perindustrian Shah Alam, Selangor. Dengan adanya kemudahan infrastruktur yang lengkap, sudah tentu ini akan memudahkan pelabur asing melaksanakan projek pelaburan mereka di sini kerana boleh menjimatkan kos penyediaan kemudahan asas yang diperlukan. 4.  Teknologi dan kemahiran. Kerajaan telah melaksanakan rancangan latihan kepakaran demi meningkatkan kemahiran dan kecekapan tenaga buruh dan mempergiatkan program penyelidikan dan pembangunan untuk memperkenalkan teknik pengeluaran moden. Daya produktiviti yang tinggi bukan sahaja menjimatkan kos penghasilan, bahkan memaksimunkan keuntungan sesuatu projek pelaburan. Ini memang sesuai dengan hasrat pelabur asing untuk meningkatkan keuntungan. Dengan usaha ini, pelabur asing tertarik untuk melabur di Malaysia kerana terdapatnya tenaga pekerja yang mahir serta tingkat teknologi yang tinggi. 5.  Keyakinan pelabur asing. Kestabilan politik merupakan faktor utama untuk menggalakkan pelaburan asing. Jika sesebuah negara iru sentiasa mengalami pergolakan politik akan menjejaskan keyakinan para pelabur kerana modal dan keselamatan mereka akan terancam. Masalah ini akan menyebabkan ramai pelabur asing beralih ke negara-negara yang lebih stabil. Yang demikian, segala perjuangan politik yang keterlaluan harus dielakkan demi melahirkan sebuah negara yang aman, damai dan harmoni agar usahawan asing berani menanam modal di negara ini. Kerajaan juga telah menandatangani Perjanjian Jaminan Pelaburan dengan negara-negara asing. Matlamatnya ialah untuk memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia tidak memiliknegarakan mana-mana syarikat asing di negara ini. Perjanjian ini akan menambahkan keyakinan pelabur asing dan mengglakkan kemasukan modal asing ke negara ini.    Keburukan : 1.  Persaingan dengan pelabur-pelabur tempatan. Mereka dianaktirikan dan tidak mendapat tender-tender yang sepatutnya mereka usahakan. Tidak dapat bertanding dengan pelabur asing yang berteknologi canggih dan bermodal lumayan. Barangan baru yang dihasilkan tidak dapat dikeluarkan oleh pelabur tempatan. 2.  Tiada pemindahan teknologi. Mereka membawa kepakaran dan kakitangan sendiri. Merugikan negara kita kerana ini adalah harapan negara. Mereka lebih mengutamakan keuntungan menyebarkan pengetahuan baru. Hanya membawa wang keluar dari Malaysia. 3.  Pencemaran. Masalah ini akan berlaku daripada segi air, udara dan alam sekitar. Ini bertentangan dengan konsep untuk hidup dalam alam yang bersih. Dengan pembukaan kilang-kilang baru, hutan diterokai dan pokok ditebang untuk tujuan tersebut. Ini telah merosakkan sistem eko-sistem dan ekologi alam sekitar. Asap yang keluar dan sisa-sisa buangan kilang mencemarkan laut, sungai dan udara yang bersih. 4.  Kebudayaan kuning dan asing. Ini bertentangan dengan kebudayaan yang lebih halus di negara kita. Adat, cara hidup, tarian, seni, lagu dan agama dipengaruhi oleh pelabur-pelabur asing. Ini kerana masyarakat lebih mendewakan kebudayaan mereka yang dianggap kompleks dan “sophisticated”. Ini secara tidak langsung telah mencemarkan hubungan kekeluargaan orang- orang Asia. Semangat kejiranan juga merosot. 5.  Penjajahan ekonomi asing. Ini amat membahayakan kerana pelabur-pelabur asing ini boleh menyebabkan kita terlalu bergantungan kepada mereka. Tanpa pelabur asing kedudukan ekonomi negara kta akan terjejas dan menjadi tidak stabil. Contoh : Sekiranya Amerika Syarikat menarik balik GSP, banyak kilang elektronik akan tutup. Ini boleh mengakibatkan ramai pekerja kilang elektronik menganggur dan menggugat kestabilan ekonomi negara kita.    

CONTOH PERSOALAN : 

1.  Masalah  kesesakan jalan raya menjadi semakin meruncing khususnya di Kuala Lumpur. Apakah pandangan anda terhadap isu ini serta cadangkan langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasinya.  Intro : 

1.  Kesesakan lalu lintas dihadapi oleh kebanyakan bandaraya- bandaraya di seluruh dunia termasuk di benua Eropah dan benua Amerika dan di negara kita. Masalah ini sudah pun difikirkan corak penyelesaian di peringkat kabinet.  

Pandangan : 1.  Sistem pengangkutan awam. Kita juga menerima hakikat bahawa sistem pengangkutan awam yang ada pada hari ini belum lagi dapat menampung pertambahan jumlah penggunaan jalan raya yang semakin meningkat. Walaupun kerajaan berusaha dengan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membaiki sistem jalan raya di bandar-bandar besar namun masalah kesesakan masih dapat diatasi.

2.  Penggunaan kenderaan sendiri. Kesesakan adalah kerana bertambahnya penggunaan kenderaan persendirian di ibu kota. Daripada perangkaan statistik menunjukkan pada tahun 1987, jualan kenderaan bermotor yang berdaftar adalah sebanyak 84,559 buah dan meningkat kepada 507393 pada tahun 1990 manakala menjelang tahun 1993 dianggarkan sebanyak 1 juta kenderaan bermotor yang membanjiri jalan-jalan di ibu kota. Jumlah ini adalah satu perubahan yang begitu cepat sekali. 3

.  Pertambahan penduduk. Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh serta Johor Bharu, adalah satu fenomena biasa kalau kita dapati bahawa kadangkala dalam sebuah keluarga memiliki lebih daripada sebuah kereta. Malahan ramai di antara mereka yang pergi ke tempat kerja dengan tidak berkongsi kenderaan sebaliknya mereka memandu seorang diri ke tempat kerja dan kadangkala berkongsi kenderaan. Justeru itu tidak hairanlah soal kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar ini masih tidak boleh diatasi sepenuhnya. Adalah dijangkakan bahawa penduduk kota raya akan bertambah lebih banyak menjelang tahun 1995. Pada masa tersebut, penggunaan kereta di bandar ini akan makin bertambah sekiranya langkah-langkah tertentu tidak diambil segera untuk mengatasinya.

4.  Undang-undang tidak dipatuhi. Kenderaan-kenderaan komersial seperti lori, trelar dan sebagainya perlu diberi perhatian. Kenderaan ini banyak kali didapati tidak mematuhi arahan memasuki kawasan bandar, apatah lagi melibatkan jalan-jalan yang sibuk. Kadang kala kenderaan berkomersial ini membawa masuk atau mengangkat keluar barang-barang muatan yang mengikuti arahan waktu. Apa yang ada sekarang ini adalah arahan melarang kenderaan berat daripada memasuki pusat bandar selepas jam 9.00 hingga 6.00 petang. Jika arahan ini tidak dipatuhi, Kuala Lumpur khususnya sebagai ibu kota yang merupakan pusat pentadbiran dan perniagaan akan menjadi semakin sesak dengan kenderaan berat tersebut.  

Langkah : 

1.  Perkhidmatan kenderaan awam. Sistem perkhidmatan awam yang terdapat di bandaraya Kuala Lumpur seperti perkhidmatan bas serta teksi perlu diperbaiki. Pada akhir tahun 1970an, perkhidmatan bas mini telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk menyenangkan warga kota untuk berulang-alik ke tempat kerja. Masalah waktu menunggu, tempat duduk dan jarak perhentian turut mendorong pengguna memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri. Perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini bergantung kepada pihak swasta. Syarikat-syarikat swasta ini perlu memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada pengguna.

2.  Area Traffic Control. Pada tahun 1979, sistem yang diperkenalkan ialah “Area Traffic control” seperti yang diamalkan di Singapura. Menerusi sistem ini pengguna digalakkan mengawal jumlah penumpang yang ada di dalam sesebuah kenderaan untuk memaksimunkan penumpang sekaligus mengurangkan jumlah kenderaan yang masuk ke sesuatu kawasan. Sistem ini harus cuba diamalkan di Malaysia.

3.  Sistem LRT. Memperkenalkan sistem pengangkutan dalam bandar yang seakan-akan sama dengan keretapi dan beroperasi di antara satu tempat lain dalam bandar yang sama. Sementara LRT pula ialah sistem pengangkutan yang sama konsepnya dengan sistem monorel tetapi memberi perkhidmatan pengangkutan di antara bandar-bandar. Contoh : di antara Shah Alam dan Kuala Lumpur.

4.  Pembangunan luar bandar. Mencadangkan supaya kilang-kilang atau gudang-gudang ditempatkan di luar pusat bandar. Kerajaan patut mengenakan syarat bahawa kenderaan komersial hanya boleh memasuki pusat bandar pada waktu tertentu. Satu lagi cadangan yang agak praktikal ialah cuba menempatkan pejabat-pejabat kerajaan di luar bandar. Bagaimanapun buat masa ini, perlaksanaannya masih di peringkat awal.   

Kesimpulan : 

1.  Pembuat dasar perlu merangka program  tertentu untuk jangka panjang.

2.  Pengguna-pengguna jalan raya harus bersedia untuk memaksimunkan jumlah penumpang di dalam sesebuah kereta. Pihak pengusaha bas pula perlu meningkatkan perkhidmatan. Semua pihak perlu bersama-sama cuba memberi sumbangan supaya rangkaian jalan raya di kawasan bandar dapat digunakan dengan sempurna dan seterusnya tidak menjejaskan imej bandar-bandar utama di Malaysia.  

 CONTOH PERSOALAN : 

1.  “Lebih kurang 13,000 kes kebakaran berlaku tiap-tiap tahun dan dalam tempoh rancangan Malaysia ke-5 sejumlah RM1 billion kerugian akibat kebakaran dilaporkan. Bilangan manusia yang terkorban akibat kebakaran antara Januari dan Oktober 1990 ialah 807 orang. Ini adalah satu hal yang serius di negara kita. Huraikan langkah-langkah yang berkesan untuk mencegah kebakaran yang semakin meningkat untuk mengelakkan kerugian dari segi wang dan nyawa yang terkorban.

2.  Kebakaran sering berlaku. Kes kebakaran berlaku di mana- mana sahaja. Api semasa kecil adalah kawan dan semasa besar adalah lawan. Sejauh manakah kelalaian manusia dianggap sebagai punca utama kes kebakaran di negara kita ?  Intro : 1.  Kes kebakaran semakin meningkat. Pencegahan adalah langkah yang baik untuk menyelamatkan kerugian harta benda dan nyawa. Langkah pencegahan melibatkan setiap lapisan masyarakat. 

 Langkah-langkah : 

1.  Mengemaskinikan kemudahan pencegahan api. Alat mencegah api penting di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta, bangunan tinggi, pusat-pusat hiburan malam, kilang, bangunan awam dan bangunan kerajaan. Jabatan perkhidmatan bomba perlu menyelia kemudahan pencegahan api dari masa ke semasa bagi menentukan semua alat itu dalam keadaan baik dan mencukupi. Kerjasama pihak pemilik bangunan adalah penting. Dendaan dan hukuman perlu dikuatkuasa bagi pemilik bangunan yang enggan bekerjasama. Penggunaan alat itu juga perlu ditunjuk ajar oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba.

2.  Mengemaskinikan Jabatan Perkhidmatan Bomba. Menambahkan bilangan kakitangan bomba dan juga peralatan yang mencukupi dan canggih. Pertambahan bangunan-bangunan dan kawasan petempatan adalah tidak selaras dengan pertambahan bilangan kakitangan perkhidmatan bomba. Peralatan-peralatan semasa operasi kebakaran seperti alat pernafasan perlu ditambah. Sistem pili perlu lebih maju dan moden. Ini dapat mengelakkan masalah tekanan air rendah.

 3.  Mewajibkan pemasangan alat pengesan kebakaran. Diwajibkan di semua bangunan dan kawasan petempatan. Memudahkan anggota bomba mengesan tempat kejadian kebakaran dengan cepat. Mengelakkan kerugian harta benda dan nyawa yang maksimun. Sebelum meluluskan kegunaan bangunan untuk kerajaan dan swasta, pihak jabatan bomba perlu mewajibkan mereka memasang alat pengesan ini. Hal ini perlu dikuatkuasakan melalui undang-undang. Peraturan ini perlu dikuatkuasakan dengan tegas.

4.  Memperkenalkan perkhidmatan Unit Bomba Sukarela. Unit ini perlu ditubuhkan di kilang, bangunan dan kawasan petempatan. Mengurangkan pergantungan masyarakat terhadap ahli bomba. Tindakan pengawalan api dan pengurusan orang awam dijalankan oleh Unit Bomba Sukarela sementara menunggu ketibaan ahli bomba. Pihak bomba perlu memberi latihan dan memberi ceramah kepada unit-unit ini. Kursus- kursus khas juga perlu dianjurkan untuk ali-ahli unit ini. Contoh kilang yang mempunyai unit “fire fighting squat” ialah Advanced Micro Devices (M) Sdn. Bhd. Penang.

5.  Kempen mencegah kebakaran dan demonstrasi. Masyarakat perlu disedarkan tentang pentingnya mencegah kebakaran. Mengadakan demonstrasi tindakan semasa kebakaran di sekolah, kilang, bangunan tinggi dan kawasan petempatan. Mengadakan demonstrasi ciri-ciri jerjak yang sesuai di rumah-rumah kediaman. Media massa seperti televisyen dan radio serta majalah dan suratkhabar amat penting untuk menjalani kempen ini. Poster-poster perlu dilekatkan di mana-mana sahaja. Program televisyen merangkumi filem dokumentari mengenai teknik pencegahan kebakaran dan temuduga diadakan dengan mangsa-mangsa kebakaran.  

Kesimpulan : 1.  Pencegahan adalah baik lebih baik daripada menghadapi kebakaran. Penglibatan dan kerjasama semua lapisan masyarakat sangat diperlukan untuk mengatasi masalah ini.  

  CONTOH PERSOALAN : Ramai kanak-kanak di Malaysia telah didera dengan menakutkan. Bilangan kanak-kanak yang didera agak tinggi. Ibu bapalah yang merupakan pendera utama kanak-kanak ini. Sejauh manakah kemiskinan merupakan punca kepada berlakunya kes penderaan kanak-kanak ?                               Penderaan kanak-kanak membawa maksud sebarang perbuatan yang boleh mencederakan kanak-kanak secara sengaja atau tidak daripada segi fizikal, mental, emosi dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Walaupun telah lama wujud, namun baru-baru ini saja isu tersebut menjadi perhatian umum.                              Salah satu punca utama yang dikesan ialah faktor kemiskinan dalam sesebuah keluarga. Kerap kali ibu bapa yang miskin mengalami tekanan ekonomi dan kerja daripada majikan dan juga keperluan keluarga. Tiada tempat bagi mereka melepaskan geram kecuali kepada anak-anak mereka. Golongan ini berpendidikan rendah dan tidak memahami psikologi anak mereka kerap menjadikan anak mereka “papan pukulan” apabila anak-anak mereka bermanja atau pun bergaduh. Telah dilaporkan bahawa golongan berpendapat rendah dan berpendidikan rendah merupakan golongan yang paling ramai mendera kanak-kanak.                                                                                                                                                      Selain daripada itu, cara bagaimana ibu bapa atau penjaga diperbesarkan juga menyumbang kepada punca penganiayaan tersebut. Ibu bapa yang pernah dibesarkan dengan cara kekerasan berpendapat bahawa cara tersebut merupakan cara terbaik mereka mendisiplinkan anak-anak. Kanak-kanak yang nakal dibelasah dan menjadi lebih degil mengakibatkan ibu bapa hilang pertimbangan lantas melakukan sesuatu yang boleh mencederakan si anak itu. Ini telah membawa kepada kes penderaan yang serius serta meninggalkan kesan parut yang mendalam kepada kanak-kanak tersebut.                                                                                                                                                      Di samping itu, penyakit sosial seperti kemabukan dan judi juga turut mengakibatkan penganiayaan kanak-kanak. Bapa yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan tambahan pula kalah berjudi tidak akan kenal siapa anak dan isteri. Kerap kali anak-anaknya dijadikan sasaran. Dalam keadaan yang tidak sedarkan diri itu, perkara yang serius seperti menendang dan menumbuk kanak-kanak pasti akan berlaku. Akibatnya, lama-kelamaan sekiranya tidak dirawati, kanak- kanak tersebut mungkin menemui maut akibat kecederaan dalaman.                                                                                                                                                      Dalam pada itu, pasangan muda yang berkahwin kurang bersedia untuk memikul tanggungjawab mereka. Di bandar terutamanya si suami akan pulang lewat bekerja meletakkan segala tanggungjawab kepada si isteri yang muda dan tidak berpengalaman untuk menjaga si anak yang degil lagi nakal. Tanpa ajaran dan nasihat dari golongan tua, isteri tersebut akan mendidik anaknya tidak lain tidak bukan dengan memukul sahaja. Kadang-kadang, kes ini membawa kepada penganiayaan yang serius.                                                                                                                                                      Selain itu, ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab mereka kepada sesetengah penjaga juga akan menyebabkan anak- anak mereka didera. Kelewatan membayar upah dan ibu bapa yang bekerja ke luar negeri akan menyebabkan penjaga melepaskan geram mereka ke atas kanak-kanak tersebut. Derita ini jelas ditanggung oleh B.Balasundram yang dijumpai dalam keadaan separuh sedar dalam tandas wanita di Hospital Besar Kuala Lumpur.                                                                                                                                                      Jelaslah bahawa terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada penderaan kanak-kanak. Oleh itu, demi menjaga masa depan kanak-kanak tersebut kerjasama daripada semua pihak membanteras gejala ini amat diperlukan.     CONTOH PERSOALAN : 1.  Bahan kosmetik lebih banyak mendatangkan kesan buruk daripada kebaikan. Bincangkan. 2.  Kosmetik tradisional menjamin kecantikan. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan tersebut ?  Konsep kosmetik : 1.  Kosmetik termasuk ginju, celak, pemerah pipi, pembayang mata, bedak, losyen dan sebagainya 2.  Shiseido, Sans Soucis, Avon, Fambo, Kanebo dan Amway adalah jenama-jenama kosmetik yang popular.  Keburukan kosmetik : 1.  Kandungan bahan kimia yang tinggi. Setengah-setengah bahan kosmetik misalnya “pearl cream” mengandungi paras merkuri (raksa) dan logam berat plumbum yang terlalu tinggi. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf dan keracunan bila bahan ini meresap masuk ke dalam badan. Pendedahan ini dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang, iaitu terdapat beberapa jenis krim muka yang boleh mencacatkan muka pemakainya. Contoh : Arche Pearl, Dragon Face Cream dan Torelo New Pearl Park. Benzoyl Per oksida yang ada dalam alat solek boleh menyebabkan penyakit kanser. Statistik : 1983, 853 orang wanita telah meninggal dunia di England kerana menghidapi penyakit kanser kulit yang digelar Melanome. 2.  Pembaziran ringgit Malaysia. Pembaziran wang kerana kebanyakan kosmetik, terutamanya yang popular adalah amat mahal harganya. Ini menyebabkan ramai wanita membelanjakan sebahagian besar pendapatan mereka untuk membeli barangan kosmetik. Wang itu lebih baik digunakan untuk membeli barang-barang keperluan asas, perbelanjaan sekolah dan menyimpan ke dalam bank. 3.  Kelihatan lesu. Wanita yang selalu menggunakan kosmetik akan kelihatan lesu dan kelihatan tidak bermaya jika mereka berhenti menggunakannya. Semasa menggunakan kosmetik mereka kelihatan berseri dan matang serta cantik. Wanita akan berasa ketagih dan menggunakan kosmetik kerana tanpa kosmetik mereka akan berasa negatif dan rendah diri.    Kebaikan kosmetik : 1. Melicinkan kulit. Membersihkan kulit dan menjadikannya licin serta kurang berkedut. Contoh : Losyen pembersih, “Toner”, losyen pelembap dan sebagainya. Ini kerana alam sekitar kini selalu dicemari oleh habuk dan debu.Kita perlu selalu menjaga kebersihan kulit dengan menggunakan alat-alat kosmetik ini. 2. Sebagai daya penarik. Minyak wangi boleh membantu wanita yang mempunyai bau badan supaya tidak tersisih dan rendah diri. Boleh menarik perhatian seperti yang diiklankan oleh kosmetik “Impulse” di televisyen. Digunakan sebagai daya penarik dalam majlis atau upacara yang melibatkan bilangan orang yang ramai. 3. Kejelitaan. Membuatkan wajah wanita kelihatan lebih jelita, muda dan cantik. Kosmetik boleh menjadikan wanita kelihatan segar dan matang. Alat solek dapat menutup parut jerawat yang hodoh.  

Langkah mengatasi masalah kosmetik : 1.  Sikap wanita tentang kosmetik perlu diubah. Mereka perlu memahami masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka perlu memahami pendidikan pengguna dan matlamatnya. Perlu mempelajari dan bersikap lebih betul dalam menguruskan perbelanjaan mereka. Amalkan sikap sederhana terhadap penggunaan kosmetik oleh wanita. 2.  Tindakan Persatuan Pengguna. Misalnya Persatuan Pengguna Pulau Pinang melakukan kajian dan dedahkan bahaya bahan-bahan kosmetik dalam pasaran kepada kaum wanita yang menggunakannya. International Organisation of Consumers Union (IOCU) juga perlu membuat kajian dan memaklumkan maklumat yang muktahir kepada ahli-ahlinya di seluruh dunia. 3.  Tindakan kerajaan. Pemeriksaan dan analisa kandungan bahan kosmetik oleh ahli-ahli farmasi dari jabatan farmasi dan Kementerian Kesihatan. Penguatkuasaan akta dadah dan kosmetik dengan tegas, misalnya menjalankan ujian rapi terhadap semua jenama kosmetik sebelum dibenarkan penjualan. Mereka yang bersalah menjual atau membuat kosmetik merbahaya dikenakan hukuman yang berat. 4.  Bantuan nasihat pakar kecantikan. Mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor atau pakar kecantikan yang berkelayakan tentang jenis alat solek atau kosmetik yang sesuai. Pakar-pakar kecantikan ini (Beautician) perlu mempunyai etika kerja dan profesion yang bermutu tinggi. Tidak boleh menipu dan terlalu mementingkan keuntungan. 5.  Kosmetik cara tradisional. Menjaga kecantikan tanpa bahan kosmetik buatan kimia. Menjaga kesihatan dengan memakan makanan seimbang, sentiasa riang dan banyak bersenam. Menggunakan bahan asli (cara tradisioanal), misalnya menghaluskan muka dengan tomato – gantikan krim muka dan lain-lain bahan asli seperti telur, timun, jus lemon, minyak zaitun, madu mentah serta santan kelapa.    

CONTOH PERSOALAN : 1.  Pada waktu ini hospital swasta di negara ini berkembang dengan begitu pesat. Ahli masyarakat yang mampu, ramai yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital tersebut. Mereka percaya bahawa pusat-pusat ini memberi perkhidmatan yang lebih selesa. Sejauh manakah perkembangan pusat rawatan swasta ini membawa kebaikan kepada masyarakat kita.  Intro : 1.  Pusat rawatan swasta ditubuhkan untuk menampung keperluan kesihatan di negara ini. Di bandar-bandar utama di Malaysia pertumbuhannya bagai cendawan selepas hujan. Kepesatan ini menyebabkan permintaan yang tinggi kepada pakar perubatan sehingga kebanyakan doktor tempatan berlumba-lumba untuk berkhidmat serta membuka sendiri pusat rawatan swasta.  Kebaikan : 1.  Pilihan untuk orang ramai. Sebelum ini, kebanyakan mereka bertumpu di hospital kerajaan yang keadaannya kurang selesa. Mereka terpaksa berbaris lama menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan yang sekejap. Ramai pula yang merungut tentang ketidakcekapan kakitangan hospital kerajaan. Masalah ini dapat diatasi dengan adanya pusat rawatan swasta. Mereka tidak perlu menunggu lama kerana pusat rawatan swasta mempunyai strategi sendiri untuk menghiburkan pelanggannya sehingga mereka tidak terasa menunggu lama. Mereka berasa seperti menunggu di lobi hotel berbintang lima. 2.  Kecekapan kakitangan dan kemudahan. Pihak pusat rawatan amat mementingkan kecekapan kakitangannya. sistem pendaftaran yang teratur, rawatan yang cekap tetapi teliti dan kemudian kecekapan dalam pemberian ubat amat dipentingkan. Hal ini berbeza dengan hospital kerajaan. Untuk mendaftar sahaja seseorang itu terpaksa mengisi borang sendiri sehingga memakan masa yang lama. Untuk menunggu giliran mendapat ubat pula biasanya boleh menimbulkan kemarahan. Masalah ketidakcekapan urusan ini dapat diatasi oleh pusat rawatan swasta yang sememangnya amat menjaga kecekapan supaya memuaskan hati pelanggannya. 3.  Perkhidmatan pakar 24 jam sehari. Orang ramai boleh mendapatkan rawatan di pusat rawatan swasta mengikut kemahuannya. Kebanyakan pusat rawatan dibuka 24 jam dan orang ramai boleh datang apabila memerlukan. Apabila diserang penyakit pada larut malam, mereka tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan rawatan. Ini berbeza dengan hospital kerajaan yang mungkin perlu menunggu sehingga keesokan hari. Perkhidmatan ini boleh diperolehi di pusat rawatan swasta dengan memberi bayaran doktor yang tinggi. Setiap perkhidmatan yang diberikan oleh pakar atau jururawat perlu dibayar dalam ringgit Malaysia. Keburukan : 1.  Bayaran perkhidmatan kesihatan tinggi. Disebabkan sumber kewangan yang mengendalikan pusat rawatan itu diperolehi daripada bayaran yang dikenakan kepada pelanggan, biasanya bayaran yang dikenakan agak tinggi. Semakin teliti pemeriksaan dibuat atau semakin canggih peralatan yang digunakan untuk merawat seseorang pesakit, semakin tinggilah bayaran yang akan dikenakan. Di samping bayaran ubat, mereka juga akan mengenakan bayaran pendaftaran dan dalam keadaan-keadaan tertentu mereka mengenakan bayaran kepakaran. Semua ini sudah pasti tidak mampu dibayar oleh mereka yang miskin. 2.  Pusat rawatan hanya di bandar. Hanya ditubuhkan di bandar-bandar. Sudah pasti perkhidmatannya tidak menyeluruh kepada masyarakat luar bandar. Masyarakat dari luar bandar yang mahu mendapatkan rawatan di pusat rawatan ini terpaksa pergi  ke bandar dan ini sudah pasti menimbulkan masalah kepada mereka. Akhirnya mereka ini terus bergantung kepada klinik kerajaan yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan masing-masing. 3.  Kekurangan doktor kerajaan. Perkembangan pusat rawatan swasta ini juga membawa keburukan kepada pihak hospital kerajaan. Masalah serius yang dihadapi ialah kekurangan doktor. Disebabkan pendapatan dari pusat rawatan swasta lebih lumayan, hampir semua doktor berminat berkhidmat dengan swasta. Doktor kerajaan yang ada sering kali berhenti kerja dan berkhidmat dengan swasta. Gejala ini  menyebabkan hospital kerajaan kekurangan doktor yang berwibawa. Ini akan memberi kesan kepada masyarakat miskin untuk mendapatkan rawatan di pusat rawatan swasta.

  Kesimpulan : 1. Perkembangan pusat rawatan swasta ini membawa kebaikan dan keburukan kepada masyarakat. Peranan mereka untuk meningkatkan taraf kesihatan di negara ini amat penting. Negara maju kurang pengantungan rakyat kepada khidmat kesihatan kerajaan. Orang ramai kini semakin cenderung mendapatkan rawatan di pihak swasta.  

CONTOH PERSOALAN : 1.  Untuk membantu pembiayaan kos pembinaan lebuh raya, maka pengguna jalan raya dikenakan bayaran tol. Apakah kebaikan dan keburukan yang timbul dengan sistem pembayaran tol itu ?  Intro : 1.  Bayaran tol di lebuh raya boleh mengurangkan beban kerajaan yang berbelanja berjuta-juta ringgit Malaysia untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Malaysia. Lebuh raya yang mengenakan tol ialah seperti di Changkat Jering di Perak.  

Kebaikan : 

1.  Membantu pembiayaan jalan raya lain. Wang yang dikutip boleh disalurkan untuk membina jalan raya yang lain. Dengan demikian pembayar tol dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Mengurangkan beban kerajaan selaras dengan kemajuan industri kenderaan di Malaysia.

2.  Jalan raya lebih selesa. Jalan raya yang dikenakan tol dibina dengan begitu baik dan selesa. Jalan-jalan itu lurus dan senang mengendalikan kereta. Petrol yang digunakan juga boleh dijimatkan. Jalan itu luas dan tidak susah untuk mengendalikan kereta yang dipandu.

3.  Masa perjalanan dapat dijimatkan. Orang ramai tidak perlu membuang masa untuk ke sesuatu tempat walau pun terpaksa membayar tol. Contohnya, perjalanan yang biasanya memakan masa selama lapan jam iaitu dari Butterworth ke Kuala Lumpur kini boleh sampai dengan empat jam sahaja. Ini boleh menjimatkan masa dan keselesaan memandu.  

4.  Keselamatan lebih terjamin. Lorong dua hala boleh mengurangkan kemalangan jalan raya. Ciri-ciri keselamatan lain seperti pondok telefon kecemasan yang disediakan oleh pembinaan jalan. Lorong- lorong yang dibina itu amat selesa dan ini boleh mengelakkan kemalangan jalan raya seperti jalan-jalan lama yang digunakan. Jalan lama menyusahkan pemotong kereta dan lori. Lori yang lambat perjalanannya ini boleh menyebabkan keselesaan pemandu.  

Keburukan  : 

1.  Membebankan para pengguna            Mereka terpaksa membayar tol dan membayar cukai jalan. Ini cukup membebankan para pengguna. Mereka yang tinggal di Butterwoth dan bekerja di pulau Pinang dikehendaki membuat bayaran bulanan yang bernilai lebih kurang RM 260.00 sebulan. Wang ini boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan perkara lain untuk keluarganya. 

2.  Menimbulkan kesesakan di pondok pembayaran tol.            Tol Jalan Kucing, Kuala Lumpur telah menimbulkan masalah ini. Pengguna tidak menyediakan wang kecil yang secukupnya dan perlu menunggu pertukaran wang akan diberikan pengutip tol. Ini akan memakan masa yang lama. Katakan setiap pemandu menggunakan masa 3 minit untuk membereskan bayaran, maka 50 kereta akan memakan masa sebanyak 150 minit. Ini yang dikatakan kesesakan. 

3.  Tidak adil kepada pengguna tertentu.            Mereka teras membayar dua kali. Cukai Jalan dibayar, kemudian tol pula perlu dibayar. Oleh itu, kita akan berfikir wang cukai jalan digunakan untuk apa. Mereka yang tidak menggunakan lebuh raya tidak perlu bayar. Maka, pada suatu hari nanti apabila kerajaan tidak lagi menerima tol orang-orang ini dikecualikan daripada bayaran dan dapat menikmati lebuh raya secara percuma.  Kesimpulan  :             Pengenaan tol ada baik buruknya kepada pengguna. Bergantunglah kepada kebijaksanaan mereka untuk menggunakan pintu tol. 

(2) Comments    Read More   
Jul
19
Filed Under (Examination) by goaytc.pjs@smjk.edu.my on 19-07-2009

Kenaikan gaji tidak akan meningkatkan kualiti hidup rakyat sekiranya berlaku inflasi. Hal ini kerana kuasa beli rakyat sebaliknya merosot. Oleh itu, kerajaan  kini giat menjalankan kempen “Inflasi Sifar”.                  (2007 naik gaji 5-30%, petrol, gandum..) 

Huraikan bagaimana seseorang pengguna dapat memainkan peranannya dalam usaha membendung inflasi. 

·          Inflasi boleh didefinisikan sebagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara berterusan. ·          Hal ini kerana wang yang berlebihan mengejar barangan yang sedikit.(Permintaan melebihi penawaran)

·         Kerajaan telah berusaha gigih  membendung inflasi.

·         Kita sebagai pengguna juga boleh memainkan peranannya.

 

Peribahasa ada mengatakan ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.1. Pengguna  harus jimat berbelanja dan tidak boros.

·         Kita harus membuat perancangan rapi dalam mengagihkan perbelanjaan harian.

·         Janganlah kita mudah dipengaruhi  iklan dan nafsu kemewahan.

·         Kita hanya berbelanja mengikut keperluan dan bukan kemampuan kita.

·         Sebelum membeli-belah, sediakan senarai barang keperluan kita.

·         Seboleh-bolehnya mesti ada wang yang berlebihan untuk tabungan.

·         Dengan ini permintaan akan berkurangan.

·         Seterusnya harga barang akan menurun dan masalah inflasi dapat dibendung.

Sebagai seorang pengguna, kita juga perlu berbelanja dengan bijak.·          Sebelum membeli sesuatu barangan, seboleh-bolehnya kita membuat bandingan harga dan kualiti melalui pelbagai sumber.·          Kita juga perlu elak daripada membeli sesuatu hanya untuk tujuan menunjuk-nunjuk.·          Nafsu kebendaan haruslah dikawal sentiasa demi mengawal inflasi. ·          Kita juga harus membuat persiapan lebih awal menjelang  musim perayaan.·          Hal ini kerana lazimnya harga barangan akan meningkat apabila musim perayaan semakin hampir.·          Kita juga harus merayakan hari perayaan secara sederhana. (silatulrahim)·          Perbelanjaan dengan menggunakan kad kredit, bayaran beransur dan pinjaman juga perlu dielakkan. 

Pengguna Malaysia tidak patut meragui mutu barangan buatan
Malaysia.
2. Kita harus menyokong barangan buatan
Malaysia.

·         Rakyat masih mengagung-agungkan barangan import.

·         Berbelanja atas barangan import akan menyemarakkan api inflasi.

·         Banyak barangan import merupakan barangan mewah yang boleh digantikan dengan barangan tempatan.

·         Barangan buatan tempatan juga berkualiti tinggi.

·         Malah barangan buatan tempatan tidak dikenakan cukai import dan harga rendah.

·         Ini memberikan kita nilai terbaik bagi wang ringgit kita.

·         Dengan ini, inflasi yang diimport secara tidak langsung dapat dielakkan.

 

3. Sesungguhnya, pengguna harus sedar akan hak-hak mereka.

·         Seseorang pengguna mempunyai hak memilih, hak mendapat keterangan, hak menentukan barangan itu  mendatangkan kepuasan maksimum kepadanya.

·         Justeru,  kita hendaklah berani tampil ke hadapan untuk mendedahkan penyelewengan peniaga.

·         Misalnya melaporkan peniaga yang menyorok barangan kawalan seperti beras, tepung dan gula.

·         Kita juga harus boikot peniaga yang menaikkan harga jualan dengan sewenang-wenangnya.

·         Jika kita terbeli barangan yang berharga tinggi, buatlah aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna

·         Hak kita mesti dipertahankan.

·         Tindakan ini akan memastikan api inflasi tidak merebak.

 

4. Seterusnya, pengguna patut bekerjasama dengan pihak kerajaan.·         Segala dasar kerajaan seperti dasar kewangan, dasar perbelanjawan, dasar fiskal dan sebagainya hendahlah disahut. ·         Kerajaan telah menganugerahkan “Kedai Harga Patut” kepada kedai-kedai yang menjual barangan pada harga yang berpatutan.·         Kita patut menyokong kedai-kedai yang jujur ini.·         Akta Kawalan Harga dan Akta Kawalan Bekalan sudah berkuatkuasa.·         Jadi, kita harus berani membuat aduan jika ada peniaga melanggar akta sedemikian.·         “Kempen Inflasi Sifar” juga perlu diberi sokongan penuh.   

·         Kempen inflasi sifar bukanlah satu utopiah yang sukar dicapai. 

·         Namun kejayaannya amat bergantung kepada kesedaran semua orang yang juga merupakan pengguna.

 

STPM 1994

2  Belanjawan Kerajaan merumuskan beberapa garis perlindungan kepada masyarakat pengguna. Sehubungan dengan itu, beberapa  langkah perlindungan telah dilaksanakan oleh kerajaan, misalnya langkah kerajaaan mengurangkan atau menghapuskan duti import atas beberapa barang  terpilih . Walau bagaimanapun, masih terdapat pelbagai halangan yang dihadapi oleh pihak berkuasa ke arah  mencapai matlamat–matlamat  melindungi pengguna.

                Berikan penjelasan anda tentang halangan-halangan ini. 

Usaha membendung inflasi bukan sahaja dipikul oleh pengguna semata-mata malah melibatkan pihak lain seperti pengusaha dan peniaga.Huraikan penyataan di atas. 

 Peniaga juga mempunyai tanggungjawab dalam hal ini.

·         Menyediakan bekalan barangan yang mencukupi sepanjang masa.

·         Kekalkan harga stabil dan berpatutan.

·         Membekalkan harga barangan berkualiti.

·         Sifat penuh beretika dan bertanggungjawab penting.

·         Jangan menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.

·         Mementingkan kesetiaan pelanggan.

 

Sikap positif pihak pengusaha juga dapat mengawal inflasi.

·         Majikan boleh mendapat keuntungan lebih tanpa menaikkan harga. 

·         Seboleh-bolehnya elak daripada menaikkan harga sewenang-wenangnya.

·         Sebaliknya hanya perlu merendahkan kos pengeluaran dan meningkatkan kualiti barangan kita.

·         Hal ini dicapai dengan menerapkan teknologi canggih dan pengurusan yang lebih cekap.

·         Jika kualiti bermutu dan harga rendah, permintaannya pasti meningkat.

·         Yang untung ialah pihak majikan dan inflasi tidak timbul.

 

 Pekerja juga berperanan mencapai inflasi sifar.

·         Sikap suka berkonfrantasi dengan kerajaan dan majikan harus diubah.

·         Tindakan industri harus ditolak.

·         Tuntutan gaji yang tinggi tanpa kenaikan produktiviti adalah tidak waras.

·         Harus melengkapkan diri dengan kemahiran dan rajin bekerja.

·         Ini sudah pasti akan menambahkan pendapatan tanpa  mencetuskan inflasi.

 

Punca harga naik:

Barangan import seperti petroleum >US$105 setong. Tepung gandum, besi keluli,

Bekalan terputus: gula, bawang, sayur, ikan kerana musim perayaan, banjir/kemarau.

Kerajaan: Majlis Harga Malaysia, stok penimbal, subsidi  

1 Kebelakangan ini  isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan sering dibincangkan oleh media
massa. Pada pendapat anda, mengapakah harga barang dan perkhidmatan sering meningkat, dan bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah ini?

(5) Comments    Read More