Para pelajar yang dihormati:
Without planning is planning to fail.
Jadi, anda mesti peruntukan masa yang sesuai untuk setiap bahagian.
Masa: 3 jam=180 minit.
Bahagian A: 40 minit
Bahagian B: 40 minit
Bahagian C: 30 minit
Bahagian D: 30 minit
Bahagian E: 30 minit
Masih ada 10 minit untuk menyemak jawapan anda.
Ingat: Mesti menulis karangan(bahagian A & B) dahulu. Ramai pelajar menjawab bahagian lain dahulu, bahagian A&B (karangan) terkemudian. Maka, mereka hanya mendapat markah untuk bahagian yang markahnya berjumlah 15% sahaja. Sementara bahagian karangan yang membawa markah 25% tergadai begitu sahaja.
Tak berbaloi!!!!!!
Korban ketiga H1N1 |
Jul 28, 09 12:07pm |
Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 42 tahun mati akibat Influenza A (H1N1) petang semalam, menjadikannya mangsa ketiga yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) berkata lelaki itu disahkan menghidap Influenza A (H1N1) Khamis lalu. Lelaki itu dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 18 Julai kerana keadaan yang semakin teruk dan didiagnosis sebagai pneumonia. Semasa di wad, beliau dikesan menghidap Diabetes Mellitus manakala x-ray dada pula menunjukkan beliau mengalami pneumonia. “Pada 19 Julai kes dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan (ventilator). Memandangkan keadaan kes yang semakin teruk, ujian sampel tekak diambil pada 22 Julai dan disahkan positif Influenza A (H1N1) pada 23 Julai,” katanya. Mengenai situasi semasa Liow berkata terdapat 95 kes baru Influenza A (H1N1) dikesan, semuanya adalah kes tempatan di kalangan warganegara Malaysia, iaitu 68 daripadanya merupakan kejadian dari 19 kluster baru, 22 kes dari 11 kluster sedia ada manakala lima kes lagi adalah kes-kes sporadik atau terpencil. |