June
30
Filed Under (Examination) by goaytc.pjs@smjk.edu.my on 30-06-2009

Sila tulis dalam ruang komen

(4) Comments    Read More   

Comments

- on 5 July, 2009 at 10:54 pm #

ada kemungkinankah esei laras sains tidak ada isi dan huraian yang kaitan dengan dengan sains?

Jawapan:
95% soalan esei laras sains perlukan isi sains.
Namun masih ada yang isinya bukan sains boleh diterima.
Contoh:
1993.3 Sungguhpun penciptaan alat-alat komunikasi satelit memang mempunyai keistimewaan dan kebaikan yang tertentu, namun penciptaan alat-alat itu sebenarnya menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia. Berikan ulasan anda tentang penyataan ini.
Kehendak soalan:
Mahu 2 isi positif dan 2 isi negatif alat-alat komunikasi satelit seperti internet, komputer, telefon bimbit dan sebagainya.
Dua isi kesan negatif ialah:
1. Kesihatan manusia terjejas. (merupakan isi laras sains)
2. Pencamaran budaya, bahan lucah, ganas, leka, cuai.(sememmangnya bukan laras ssains namun memeng merupakan isi yang logik)
1999.4 Menurut International Data Corporation, terdapat 19 juta pengguna Internet di Asia hari ini dan angka itu akan mencapai 42 juta pada tahun 2006. Ini adalah satu perkembangan yang menakjudkan. Walaupun Internet mempunyai pelbagai keistimewaan, ia juga mempunyai kesan sampingan.
Bincangkan penyataan ini.
Mahu 2 isi positif dan 2 isi negatif internet
Dua isi kesan negatif ialah:
1. Kesihatan manusia terjejas. (merupakan isi laras sains)
2. Pencamaran budaya, bahan lucah, ganas, leka, cuai.(sememmangnya bukan laras ssains namun memeng merupakan isi yang logik)

1997. Soalan 3 Walaupun teknologi pengkomputeran banyak menpengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian, namun terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan teknologi berkenaan. Bincangkan penyataan ini.
Mahu 2 isi positif dan 2 isi negatif teknologi pengkomputeran
Dua isi kesan negatif ialah:
1. Kesihatan manusia terjejas. (merupakan isi laras sains)
2. Pencamaran budaya, bahan lucah, ganas, leka, cuai.(sememmangnya bukan laras ssains namun memeng merupakan isi yang logik)

1997 Soalan 4. Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, ini bukan bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan. Jelaskan penyataan ini.
Kehendak soalan:
Mahu 2 kepentingan sains dan teknologi terhadap kemajuan sesebuah negara.
1 isi kepentingan seni terhadap kemajuan sesebuah negara. Misalnya memajukan industri pelancongan.
1 Isi kepentingan kemanusiaan/nilai-nilai murni seperti masyarakat penyayang terhadap kemajuan sesebuah negara
Jadi, hanya 2 isi sains diperlukan. Anda wajib menghuraikan isi kepentingan seni dan 1 Isi kepentingan kemanusiaan yang sememangnya bukan isi laras sains..

Kesimpulan:
95% soalan laras sains perlukan isi dan huraian laras sains. Namun 5% soalan perlukan isi bukan laras sains tetapi yang matang dan logik. Adakalanya soalan dalam bahagian B mewajibkan calon menjawab dengan mengemukakan isi bukan laras sains.


Anonymous on 8 July, 2009 at 12:40 am #

EH…UR “DISSEMBER” SPELL WRONG D…IT’S DISEMBER….


Anonymous on 12 July, 2009 at 2:15 am #

Sir,do you plan to put you note in this blog


Anonymous on 30 July, 2009 at 1:17 pm #

TQ kerana jawab soalan saya


Post a Comment
Name:
Email:
Website:
Comments: