July
19
Filed Under (Examination) by goaytc.pjs@smjk.edu.my on 19-07-2009

Ramai calon hilang “A” dalam Pengajian Am kerana kecuaian dalam membina graf Bahagaian D.

Bahagian D: membina graf Bar dan garis 

 

Selepas membina graf yang sesuai, calon harus semak hal-hal berikut. Setiap kesilapan akan menyebabkan 9% dipotong. Maka calon akan hilang “A” untuk subjek Pengajian Am dalam keputusan STPM. 

Aspek yang penting:

  • Tajuk: mesti ada catatan 3 perkara iaitu negara, perkara, tahun

 

Contoh: Malaysia: Pinjaman Yang Telah Dikeluarkan Kepada Pelbagai Sektor Oleh Bank-Bank Bagi Tahun 2003-2005 

Dalam hal ini,Negara ialah MalaysiaPerkara ialah Pinjaman Yang Telah Dikeluarkan Kepada Pelbagai Sektor Oleh Bank-BankTahun ialah 2003-2005.Kehilangan mana-mana satu butiran di atas menyebabkan calon hilang “A” 

  • Paksi X: mesti  ada tahun/ label perkara(tahun mesti ikut susunan)

 

  • Paksi Y: mesti ada label, nilai dan unit 

Contoh: Jumlah Eksport Negara(RM juta)     Umur(Tahun)   Indeks(mata) Dalam hal ini,Label ialah Jumlah Eksport Negara/Umur/IndeksNilai ialah RM/tahun/mataUnit ialah juta/bilion/ribu 

 

  • Petunjuk: bahagian petunjuk jangan turunkan tahun

Sebaliknya turunkan label seperti kaum, sektor, jenis perkara dan sebagainya. 

  • Lebar dan selang bar ikut keperluan.  Skala dalam unit juta / ribu

 

 

(0) Comments    Read More   
Post a Comment
Name:
Email:
Website:
Comments: